PERHATIAN

107 35 7
                                    

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Untuk makluman semua, saya mahu memaklumkan satu pengumuman penting dan pengumuman ini ditujukan khas kepada para pembaca novel RUMAH yang tergolong dalam dunia LGBTQ+ . Tapi pembaca yang lain pun digalakkan untuk baca juga!

 Tapi pembaca yang lain pun digalakkan untuk baca juga!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Sumber dari GOOGLE)

(Sumber dari GOOGLE)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Sumber dari GOOGLE)

(Sumber dari akaun INSTAGRAM @lobakmerahmy)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Sumber dari akaun INSTAGRAM @lobakmerahmy)

(Sumber dari akaun INSTAGRAM @lobakmerahmy)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Sumber dari GOOGLE)

(Sumber dari GOOGLE)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Sumber dari GOOGLE)

(Sumber dari GOOGLE)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Sumber dari GOOGLE)

Hijrah Diri- Homoseksualiti ialah sebuah aplikasi inisiatif JAKIM bersama Yayasan Ihtimam Malaysia untuk membantu golongan LGBT kembali kepada fitrah. Buat masa ini hanya ada di Google Play Store.

Dalam laman Facebook, JAKIM menyatakan aplikasi ini mengandungi ebook yang merujuk kepada pengalaman benar seorang gay yang berhijrah pada bulan Ramadhan untuk meninggalkan perlakuan homoseksual.

Dalam posting itu juga, difahamkan aplikasi tersebut mempunyai pelbagai jenis bahan bacaan seperti wirid al-ma'thurat, doa dan zikir terpilih yang warid daripada Nabi SAW serta kertas kerja berkaitan isu LGBT menurut perspektif Islam serta tazkirah dalam bentuk audio.

Mengulas lanjut, Jakim berkata, antara kandungan aplikasi tersebut ialah wirid al-ma'thurat, doa dan zikir terpilih yang warid daripada Nabi Muhammad SAW.
“Ia juga mengandungi kertas kerja berkaitan isu LGBT menurut perspektif Islam dan tazkirah dalam bentuk audio,” ujarnya lagi.

Tidak hanya itu dengan aplikasi yang memfokuskan pada subjek kontroversi sebegitu, tidak hairanlah jika kita dapat melihat reaksi terhadap aplikasi ini yang berbeza-beza secara meluas dengan sekumpulan besar orang kebanyakannya dalam komuniti Islam yang sebenarnya menyokong aplikasi tersebut.

“Ini adalah usaha yang baik oleh JAKIM,” kata seorang pengguna Twitter. 

Namun, terdapat pula komen seperti; "Sudah tentu terdapat banyak masalah lain, tetapi ini kebetulan adalah salah satu daripadanya, dan saya rasa cara mereka melakukannya lebih seperti jemputan daripada memaksa anda untuk melakukannya."  Walaubagaimanapun, terdapat juga ramai orang lain yang membantah aplikasi itu, memanggilnya sebagai satu bentuk terapi penukaran berdasarkan obsesi terhadap tingkah laku homoseksual.  Ada juga yang kesal kerana usaha yang dilakukan untuk mencipta aplikasi sedemikian boleh digunakan untuk menyasarkan isu sosial yang lebih mendesak di rumah, termasuk perkahwinan kanak-kanak dan rasuah.

Malah ada yang sampai mencemuh aplikasi pada halaman penyenaraian di Google Play Store secara beramai-ramai yang mengatakan bahawa mereka menjadi lebih "gay" selepas memuat turun dan menggunakan aplikasi itu. Mereka yang mempunyai pandangan yang lebih liberal, walaubagaimanapun, tidak syak lagi akan melihatnya sebagai serangan kuno terhadap kebebasan peribadi dengan hujah utama bahawa semua individu harus dibenarkan untuk hidup mengikut kehendak mereka tanpa rasa takut akan kesan daripada rakan sebaya mereka atau mana-mana institusi, agama atau bukan.

Pada padangan saya, terciptanya aplikasi ini adalah untuk membantu dan bukannya menggugat diri. Sebenarnya dari lubuk hati saya pun agak susah untuk saya hasilkan novel ini kerana adanya pandangan yang berbeza daripada setiap orang. Tapi, niat saya juga untuk membantu. Jadi saya sangat berharap, anda semua yang terlibat dalam dunia pelangi ini diberikan kesedaran dan dikurniakan ketabahan hati agar dapat terus istiqamah dan menuju ke jalan hijrah dengan lebih baik. Saya doakan kalian dipermudah segala urusan.

Tetaplah kuat dalam menghadapi apa segala ujian yang menanti. Saya yakin, mereka yang mengejar reda Allah dan ingin bertaubat semestinya akan menemui ketenangan dalam hidup. Mungkin bukan sekarang tapi nanti. Perubahan itu memerlukan waktu. Cuma, jangan pernah lelah dan putus asa. Tiada apa-apa yang rugi jika kita ingin menjadi manusia yang lebih baik dan menuju ke arah kebaikan.

Saya juga bukanlah manusia yang baik. Saya juga ada dosa saya sendiri. Tapi, saya mahu kita semua bersama-sama mencari reda Allah.

Akhir sekali, kepada mereka yang tidak tergolong dalam dunia pelangi tapi membaca pengumuman ini, kalau kalian tidak keberatan, jangan lupa untuk berkongsi makluman ini kepada kenalan kalian mahupun hamba-hamba Allah yang mungkin memerlukan aplikasi ini.

"Mencari ketenangan itu bukan dengan pergi, tetapi dengan kembali. Kembali ke dalam dirimu, carilah Allah di hatimu, sesungguhnya ketenangan ada disitu"
| Habib Umar bin Hafidz |

Semoga hari kalian baik-baik saja.
Jaga diri semua.

Salam harapan, penulis realiti anda,
Athirah Azani

Sekian, terima kasih.

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now