Bab 20 : Terbongkar Jua

142 20 23
                                    

"Jadi, drama pun dah habis. Saya dengan Rayyan pun pada asalnya nak pergi ke destinasi kami yang sepatutnya kami pergi iaitu pasar. Well, mak Rayyan nak datang nanti. Jadi, kami nak cuba masak makanan yang sedap-sedap" jelas Taufik.
"Huda, boleh sertai kita jugakan, Taufik?" soal Rayyan dengan selamba.

"Ha? Siapa? Saya ke? Kenapa?" Huda sedikit terkejut apabila mendengar kata-kata Rayyan.

"Kita bertiga bukan berdua. Jadi, aku rasa tak apa kot kalau Huda tolong masakkan sekali. Lagipun, aku nak kenalkan juga pada mak" jelas Rayyan dengan lebih terperinci apabila melihat air muka Taufik berubah.
"Apa? Perkenalkan saya? Mak?" Huda masih tidak percaya.

"Huda mungkin sibuklah Rayyan. Kau ni gelojoh betul. Just chill" kata Taufik sedangkan dia sebenarnya tidak suka kalau Huda ada sekali. Bagi dia, Huda seorang yang terlalu menggelabah.
"Tak apalah Taufik. Jom Huda" ajak Rayyan sekali lagi.

"Awak betul ke ni Rayyan?" Huda menginginkan kepastian.
"Kenapa? Saya tak main-main tau. Awak sebenarnya serius ke tak dengan saya?" soal Rayyan.
"Rayyan, jangan marah. Saya serius tapi saya risau mak awak tak sukakan saya" jujur Huda.

Rayyan menggeleng dengan laju.

"Saya tak marah awak. Saya sayang awak" balas Rayyan.
"Sudah-sudah. Jangan nak buat drama lain pula" tegas Taufik. Huda dan Rayyan saling memandang antara satu sama lain lalu ketawa kecil.

☆☆☆☆☆♀️♡♂️☆☆☆☆☆

Huda duduk di belakang. Manakala, Rayyan pula duduk bersebelahan dengan tempat duduk pemandu iaitu di sebelah Taufik. Mereka bertiga tidak berbicara langsung. Masing-masing sibuk buat hal sendiri terutamanya Taufik yang sedang fokus memandu. Hanya bunyi daripada radio sahaja yang membisingkan suasana yang agak sunyi itu. Kadang, tentang sukan, kadang tentang isu perkembangan semasa dan kebanyakkanya lagu cintan-cintun. Taufik cuba juga curi-curi melihat Rayyan dan Huda.

"Kata saling sayang-menyanyangi. Diam je masing-masing" perli Taufik.
"Tadi, aku dok sweet dengan Huda. . .kau macam jelaous" sindir Rayyan.

"Jelaous? Hahahahaha. No! Not at all!" balas Taufik dengan reaksi muka hodoh. Dia bersungguh-sungguh menyakinkan Rayyan yang dia tidak berasa cemburu langsung. Huda yang duduk di belakang itu hanya tersenyum sahaja melihat kerenah dua sahabat itu.

"Sampai sekarang, aku masih keliru" jujur Taufik.
"Ha? Keliru? Tentang apa?" hairan Rayyan.
"Aku keliru macam mana kau dengan Huda boleh saling kenal. Korang berdua jarang jumpa. Nombor telefon pun korang macam tak saling contact. Tapi, entah kenapa, korang boleh rapat. Rapat macam dah couple bertahun-tahun lamanya. Jangan couple lama sangat even couple pun sebenarnya tak bagus. Better korang kahwin je terus. Halal" jelas Taufik.
Huda pun perlahan-lahan melihat Rayyan tanpa dijangka Rayyan pun memandang Huda.

Mata mereka berdua bertemu sekali lagi. Senyuman manis terukir di bibir dua insan yang jatuh cinta dengan cara yang mengelirukan.

"Huda? Nak ke kahwin dengan Rayyan?" pertanyaan Taufik itu membuatkan Huda tersentak.
"Kau ni Taufik! Mengalahkan Mak Cik Bawang pula. Sibuk tanya itu, tanya ini" tegur Rayyan.
"Tak adalah. Aku tanya je. Huda macam tak suka je dengan kau" ejek Taufik.

"Eh tak. Suka je. Cuma, Huda terkejut sikit sebab Taufik jadi Pak Cik Bawang hari ni" jujur Huda. Taufik mula kepanasan.

"Jujur pula Huda ni" bisik Taufik.
"Kan, setepek kena. Itulah kau, sibuk hal orang" omel Rayyan.
"Kau tu bila nak berubah? Jangan asyik fall in love dengan kaum kau je" Taufik terlepas cakap. Mata Rayyan terus terbeliak. Taufik juga begitu. Dia kemudiannya menampar mulutnya.
"Mulut tak ada kunci!" bisik Taufik dengan rasa kesal.

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now