Bab 22 : Huda

154 21 15
                                    

Akhirnya perkara yang paling Rayyan ingin lupakan telah dia luahkan pada hari ini. Taufik berasa terkejut apabila Rayyan tiba-tiba mengungkit kembali kisah silam tersebut. Sungguh, Taufik tidak menyangka Rayyan boleh bercerita tentang perkara itu. Setelah Taufik meninggalkan Rayyan, Taufik pun pulang semula ke rumahnya.

Sedang dia memandu pulang, Taufik terus memberhentikan keretanya di tepi jalan. Keadaan jalan raya agak lengang. Taufik menangis sepuas-puasnya di dalam kereta. Dia berasa sakit melihat Rayyan masih lagi berasa sengsara dengan kisah silam tersebut.

Perlahan-lahan, Taufik pun mencapai telefonnya lalu menghantar pesanan teks pada seseorang.
___________________×_____________________

Keluar dan jelaskan.
Rayyan perlukan awak
sekarang.

___________________×_____________________

Seketika kemudian, Taufik pun hidupkan semula enjin kereta lalu memandu pulang ke rumah.

☆☆☆☆☆♀️♡♂️☆☆☆☆☆

Mata Rayyan yang masih termenung kosong melihat ke arah balutan lukanya itu pun akhirnya melelapkan matanya dan tertidur di situ.

Pada keesokkan harinya, Rayyan pun bergegas bangun dan mencapai tualanya lalu membersihkan dirinya. Setelah selesai berpakaian uniform yang lengkap dan kemas, Rayyan pun memulakan hari kerjanya seperti biasa.

Dia menaiki bas pengangkutan awam untuk ke tempat kerjanya. Secara tidak langsung, dia terus teringatkan kembali hari di mana dia menjadi Erin. Dia selalu menaiki bas seawal pagi seperti yang sekarang ini dan selalu terserempak dengan Huda di depan pintu masuk tempat kerjanya.

Bercakap tentang tempat kerja lama Erin, Syarikat Farahin telah pun ditutup dan dirobohkan usai sahaja dia turut ditahan kerana bersubahat dengan Kecik dan Tuan Aizam. Pada waktu itu, kisah Farahin tersebar dengan pantas di alam maya. Malah, videonya yang dirakam oleh Kecik juga turut disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ibubapa Farahin hanya mampu menebalkan muka mereka apabila mengetahui bahawa anak tunggal mereka itu turut melibatkan diri dalam aktiviti terkutuk Kecik dan Tuan Aizam. Tapak syarikat Farahin, itu kini dalam proses pembinaan Pusat Membeli-Belah baharu yang akan siap sepenuhnya dalam masa satu tahun lagi.

Tanpa Rayyan sedari, dia tiba-tiba tersenyum sendirian apabila dia teringat kembali detik-detik indah ketika dia menjadi Erin dan meluangkan banyak masa bersama-sama dengan Huda. Sikap Huda yang sering menggelabah dan kadang agak manja itu mencuit hati Rayyan.

Ketika Rayyan sedang asyik teringat kembali detik-detik indah tersebut sehingga membuatkan dia tersengih seperti kerang busuk itu. . . .

"ABANG WOI" panggil seorang gadis yang turut bekerja di tempat yang sama dengan Rayyan. Panggilan gadis itu membuatkan Rayyan terhinjutkan sedikit bahunya kerana terkejut. Lantas, Rayyan pun memandang gadis itu dengan penuh hairan.

"Kau tak nak turun ke?" balas gadis itu lalu meninggalkan Rayyan dan turun dari bas. Rayyan bingung sekejap. Dia cuba memahami apa yang gadis itu sedang cuba sampaikan. Sesaat kemudiannya, barulah dia turun dari bas setelah dia memahami kata-kata gadis itu.

"Lain kali, berikan tumpuan yang sepenuhnya. Kalau aku tak panggil kau tadi, entah-entah. . . . .kau dah pergi tempat lain" omel gadis yang bernama Trisya itu. Rayyan hanya mendiamkan dirinya.

"Sama-sama" sindir Trisya. Rayyan hanya memberikan jelingan yang tajam. Sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam Kilang, mereka berdua pun mula bekerja.

Kerja mereka hari ini memerlukan tenaga yang lebih banyak berbading dari yang sebelumnya.

"Kalau aku teringatkan Huda, aku mesti jadi hilang fokus. Tak! Kenapa aku ingat tentang dia? Perempuan tu dah tinggalkan aku" bisik Rayyan lalu termenung kosong. Secara tidak langsung, badan Rayyan tidak bergerak. Rayyan hanya termenung dengan lamanya. Kotak-kotak yang harus diisi dengan bungkusan kerepek pisang itu hanya jalan melepasi Rayyan.

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now