Seperti biasa, Huda kini lebih banyak menghabiskan masanya di hospital dan duduk sahaja di dalam bilik wadnya.
Gadis itu juga hanya mengisi masanya dengan membaca buku-buku yang bertemakan cinta dengan pengunaan bahasa Melayu Klasik. Dia menghabiskan masanya bersendirian di situ. Emilda pula sedang bertugas untuk membantu beberapa pesakit HIV yang lain untuk menjalani rawatan. Puan Marini dan Encik Safuan pula tidak dapat melawat Huda pada hari ini atas kesibukan kerja begitu juga dengan Firdaus.Tiba-tiba pintu bilik wad dibuka. Huda pun terus menoleh. Matanya membulat. Bibirnya ternganga sedikit.
"Hai, si cantik? Sorang je ke?" sapa seorang tetamu yang datang secara mengejut itu.
"Nadia!" gembira sekali Huda lalu segera mendepakan tangannya, menunggu Nadia berlari ke dalam dakapannya. Seperti yang dijangka, Nadia segera masuk ke dalam dakapan Huda. Mereka berdua berpelukan dengan lama. Air mata Nadia mula menitis sedikit walaupun di bibirnya terukir senyuman.
Perlahan-lahan, mereka berdua pun selesai berpelukan.
"Kau sepatutnya, bagi tahu aku yang kau sakit! Aku tahu pun sebab ayah aku terserempak dengan ayah kau masa ayah kau lalu dekat depan balai polis!"
"Saya bukan tak nak bagi tahu, saya cuma tak nak susahkan awak"
"Bodoh! Kalau aku tiba-tiba balik nak lawat kau, lepastu tahu-tahu je kau dah kena tanam! Lagilah, buat aku rasa sakit, kau tahu tak?" balas Nadia selamba.
"Maaf, Nadia" ucap Huda dengan rasa kesal yang amat.
Nadia pun terus memegang kedua-dua belah pipi Huda lalu di tatapnya wajah Huda.
"Lupakan! Aku nak kau tahu yang aku rindu sahabat dunia akhirat aku ni sangat-sangat! Tengok aku, aku jadi cantik dan sopan pun sebab kau tau. Terima kasih sebab tak pernah give up dengan aku" ungkap Nadia lalu mencubit kedua-dua belah pipi Huda.
"Awak ni! Suka sangat cubit pipi saya" omel Huda.
"Pipi kau tembam. Geram aku. Rasa nak gigit!"
Mereka berdua ketawa serentak.
"Ha! Kau dengan Rayyan, macam mana? Dah ada anak?" tanya Nadia tanpa segan silu. Sepertinya, ada juga sisi dirinya yang masih belum berubah. Pada masa yang sama, Nadia berasa lega kerana dia berjaya menyebut nama 'Rayyan' dan bukannya 'Fikri'. Sudah, banyak kali dia berlatih untuk membiasakan dirinya memanggil nama 'Rayyan'.
"Anak apanya, Nadia? Kami kahwin pun belum" jawab Huda. Segan.
"Hahahahaha. Aku gurau je. Tak adalah, aku dengar orang cakap yang kau dengan Rayyan macam dah kahwin sebab sweet nak mampus. Macam gula-gula tapi cuma panas, sebab tak halal" ejek Nadia.
Huda ketawa malu.
"Memang kami nak halalkan. Tapi, saya ni. . ." jelas Huda.
Nadia mengangguk tanda faham.
"Maaf. Boleh pula aku jadikan penyakit kau sebagai bahan ejekkan" ucap Nadia.
Huda hanya tersenyum sahaja.
"Awak, masih sukakan abang Fikri?" tanya Huda secara tiba-tiba.
Pertanyaan Huda itu membuatkan Nadia terbatuk-batuk.
"Ssu. . .suka" jawab Nadia dengan batuk yang masih tersisa.
"Wah. Setianya, awak. Kenapa, awak masih lagi tak luahkan perasaan awak pada abang Fikri? Mana tahu, abang Fikri suka awak juga. Abang Fikri pun nanti dia nak datang dengan abang Firdaus untuk lawat saya" jelas Huda.
Nadia hanya mendiamkan dirinya.
YOU ARE READING
Rumah (akan disunting)
General FictionPEMBACA 16+ Mengisahkan tentang seorang lelaki yang pada awalnya hanyalah bernafsu songsang kini berubah menjadi seorang transgender. Rayyan atau nama wanitanya, Erin sememangnya hanya tertarik dengan kaum sejenisnya sahaja. Huda Syuhada pula merup...