Rayyan mendapat pesanan teks daripada Taufik buat kali yang entah ke berapa.
___________________×_____________________
Assalamualaikum
RayyanWaalaikumusalam
Wah! Laju
kau balas
mesej aku!Lajulah.
Kau kan sendu.Kau tengah
buat apa?
Jom, balik.
Aku jemput kau.Aku ada
dekat depan
Kafe yang
aku pernah
kerja tu.Dekatnya!
Patutlah,
aku terasa macam
kau ada dekat
dengan aku.Kau dah kenapa?.
Macam tak sabar
je nak jemput aku.Yalah.
Mak kau minggu
lepas datang rumah.
Dia tanya kau kat mana.Kau jawab
apa?.Kerja.
Oh. Macam
bodoh je.
Takkan dia tak
sedar pun anak
dia gay?. Dia sendiri
yang nampak.Rayyan...
Jangan cakap
macam tu.
Dia mak kau.Apa-apa jelah.
Kau nak datang
jemput aku ke tak
ni?.Ya. Sabarlah!
___________________×_____________________
Sebaik sahaja Taufik tiba, dia terus melihat Rayyan dari atas hingga bawah.
"Astaghfirullah, pakaian kau" tegur Taufik.
"Diamlah" marah Rayyan lalu masuk ke dalam kereta. Taufik pun akhirnya berjaya membawa Rayyan pulang ke rumah. Setelah itu, mereka berdua tiba lalu masuk ke dalam rumah.
"Penatnya!" Rayyan mengeliat lalu terus merebahkan dirinya di atas sofa.
"Jangan lupa mandi. Kau pun jangan lupa tukar baju tu. Sampai bila kau nak berpakaian macam ni?" tanya Taufik lalu mencampakkan tuala mandi pada Rayyan."Sampai aku dah bersedia nak jadi Rayyan balik" jawab Rayyan. Suaranya kedengaran agak penat. Taufik hanya mengeluh panjang.
"Kau dah solat Isyak ke belum?" soal Taufik lagi. Rayyan hanya merengek lalu segera memejamkan matanya."Astaghfirullah. Kau ni janganlah tinggal solat Rayyan! Dosa besar! Kau ni apalah nak jadi. Aku tak boleh nak marah-marah nanti kau lari lagi. Kau dah besar panjang, Rayyan. Kau bukannya budak kecil lagi. Kau patutnya dah boleh bezakan yang mana salah, yang mana betul. Solat tu tiang agama. Kalau kau tak buat, makin runtuhlah iman kau. . . " Taufik membebel.
Rayyan dengan selamba hanya menutup telinganya. Dia seolah-olah tidak 'berminat' untuk mendengar segala bebelan Taufik.
Taufik segera meninggalkan Rayyan. Perlahan-lahan, Rayyan membuka matanya. Dia curi-curi melihat ke arah Taufik yang sedang membancuh air Teh O itu. Rayyan kemudiannya berdiri. Tuala mandi dia letakkan pada bahunya.
![](https://img.wattpad.com/cover/274252334-288-k738137.jpg)
YOU ARE READING
Rumah (akan disunting)
Ficção GeralPEMBACA 16+ Mengisahkan tentang seorang lelaki yang pada awalnya hanyalah bernafsu songsang kini berubah menjadi seorang transgender. Rayyan atau nama wanitanya, Erin sememangnya hanya tertarik dengan kaum sejenisnya sahaja. Huda Syuhada pula merup...