Bab 14 : Jerat

136 20 7
                                    

Pertanyaan Erin pada Huda tempoh hari, membuatkan gadis bertudung itu terdetik untuk kembali berjumpa semula dengan Nadim. Sebaik sahaja dia tiba di sana, dia mendapati pintu rumah tidak berkunci. Huda pun melangkah masuk. Alangkah, terkejutnya Huda apabila melihat Nadim sedang terbaring lemah di atas lantai.

"Nadia?! Nadia!  Bangun Nadia. Awak dah kenapa terbaring macam ni" risau Huda. Perlahan-lahan, Nadim pun membuka matanya.
"Hai, si cantik" kata Nadim dengan lemah sambil tangannya masih mahu menyentuh lembut pipi Huda.

"Boleh kau bantu aku bangun?" pinta Nadim. Huda hanya akur lalu membantu Nadim. Sebaik sahaja, Nadim dapat berdiri semula. Dia pun berjalan terhuyang-hayang menuju ke Peti sejuk.

Tangan Nadim mencapai sesuatu. Huda hanya memerhati. Rupa-rupanya, Nadim ingin minum arak lagi. Dengan langkah yang pantas, Huda segera mengambil arak tersebut daripada Nadim. Huda mengambil sehelai plastik sampah. Dia buang semua arak yang ada di dalam peti sejuk. Nadim hanya melihat gadis yang dia suka itu membuang minuman kegemarannya ke dalam tong sampah di luar rumah dengan kemarahan.

Huda kembali masuk ke dalam rumah lalu memandang Nadim.

"Awak tak penat ke hidup macam ni sampai awak mati? Awak tak rasa ke yang arwah ibu awak pasti kecewa tengok awak hidup macam ni jika arwah ibu awak masih hidup? Awak, awak tak malu ke Allah tengok awak hidup bergelumang dengan dosa macam ni dan tak berusaha untuk berubah? Nadia, saya tahulah kita sebagai manusia ada dosa, pernah buat dosa, akan buat dosa tapi takkanlah hanya sebab 'manusia' kita boleh sesuka hati harini nak buat dosa esok nak bertaubat? Kalau betul kita nak jadi baik, nak masuk Syurga Allah, kita kena perbaikilah cara hidup kita!" Huda mula bersuara.

Nadim hanya menelan air liur. Ya. Ini memang bukan Huda yang dia kenal. Huda yang dia kenal adalah Huda yang sentiasa tersenyum dan tidak pernah marah. Suaranya juga lembut dan tidak kasar. Namun, bukan kali ini. Nadim benar-benar sudah mencabar kesabaran Huda.

"Awak mungkin akan cakap benda yang selalu awak cakap kat saya contohnya, kubur masing-masing. Kau ada dosa kau. Aku ada dosa aku. Tapi, bodohlah saya kalau biarkan awak terus hidup macam ni. Bodohlah saya, Nadia. Saya tak nak jadi pengecut dan bodoh" luah Huda.

"Aku tak minta kau tolong aku!. Aku tak minta simpati! Aku tak minta pun jadi macam ni pun Huda! Aku tak pernah tahu yang aku boleh tenggelam dalam dunia ni, kau faham tak! Kau fikir aku masuk sebab aku suka-suka? Aku tak tahu yang aku tersesat. Bagi tahu aku Huda! Bagi tahu aku, macam mana aku nak keluar! Kau tahu semua benda kan? Kau bagi tahulah aku!. Kau bagi tahu! " luah Nadim dengan nada suara yang tinggi.

Nadim mengumpul kembali semua oksigen yang dia gunakan sekali gus sebentar tadi.

"Saya boleh bagi tahu awak. Tapi, awak kena bagi tahu apa yang awak pendam tentang saya selama ini"  balas Huda.

Nadim tergagap-gagap.

"Sebab awak pendamlah yang buat awak semakin tenggelam dan benda yang awak pendam itu jugalah yang awak tak mampu nak luahkan" tambah Huda lagi lalu segera meninggalkan Nadim.

Nadim mula menangis.

"Tak guna kau, Huda!. Kenapa kau mesti betul sepanjang masa?!" jerit Nadim.

Huda mendengar jeritan Nadim. Namun, dia biarkan sahaja Nadim begitu.

☆☆☆☆☆♀️♡♂️☆☆☆☆☆

"Kau tak kerja ke harini?" tanya Rayyan apabila melihat Taufik berpakaian baju melayu yang lengkap.
"Pergi. Kenapa?" tanya Taufik pula.
"Tak adalah. Kau tiba-tiba pakai baju melayu. Aku fikir ada kenduri ke apa ke" jawab Rayyan.

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now