Bab 27 : Sayang Rayyan

159 20 8
                                    

|IMBAS KEMBALI|

Huda meninggalkan Rayyan tanpa bekata apa-apa. Namun, sepanjang dia berjauhan dengan Rayyan, Huda tidak dapat berhenti memikirkan tentang jejaka tersebut. Hampir setiap hari, Huda menangis sehingga membuatkan tahap kesihatannya semakin terjejas.

"Sudahlah. Berhenti, fikirkan tentang si gay tu" pinta Firdaus.
Huda hanya mendengari pintaan abangnya itu, endah tak endah.
"Adik, pandang abang" pinta Firdaus lagi.

Perlahan-lahan, Huda pun memandang Firdaus dalam keadaan yang tersedu-sedu disebabkan tangisan yang masih tersisa.

"Lelaki itu, tak layak untuk dapatkan cinta adik. Dia bukan sesiapa. Adik cubalah lupakan dia. Kalau, dia cintakan adik dah lama dia datang cari adik" jelas Firdaus.

"Adik tetap tak boleh lupakan dia!" tegas Huda.

"Adik" Firdaus berasa sangat sedih melihat keadaan Huda.

"Dia seorang yang baik, dia cuma terjatuh dalam dunia cinta yang salah. Ia menyeksa adik bila adik tahu dia seorang yang baik tapi terjatuh dalam dunia itu" Huda menangis semula.

Dengan pantas, Firdaus pun segera menarik Huda masuk ke dalam dakapannya. Firdaus sudah buntu. Dia juga tidak dapat menafikan bahawa Rayyan adalah satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan Huda menjadi manusia yang menyedihkan.

Meskipun sekarang Huda dan Rayyan sudah kembali bersama, Rayyan masih lagi tidak begitu sedar bahawa Huda mencintainya sekencang angin. Entah, Rayyan boleh merasai kehadiran angin cinta itu atau tidak. Huda merindui Rayyan sekuat ribut taufan dan entah Rayyan merasainya atau tidak. Rayyan kesepian dan Huda juga kesepian. Sungguh, Rayyan adalah satu-satunya lelaki yang telah Huda serahkan hatinya.

Sepanjang Huda hidup, Huda berusaha untuk tidak jatuh hati namun hatinya melirik ke arah diri Rayyan yang serba kekurangan. Bagaimana, seseorang yang lengkap boleh jatuh hati pada seorang yang begitu banyak sekali kekurangan?. Kita semua hanya akan tahu jawapannya, apabila Huda benar-benar berjaya mengungkapkan perasannya terhadap Rayyan kerana sekarang, Huda masih takut. Takut jika dia membuatkan Rayyan ingin terus belayar di lautan cinta mereka sehingga Rayyan tidak sedar bahawa akan ada satu ketika nanti, mereka berdua terpaksa mengucapkan selamat tinggal yang abadi.

☆☆☆☆☆♀️♡♂️☆☆☆☆☆

Rayyan kembali semua ke bilik wad bersama-sama dengan Nadia. Huda terus menoleh ke arah mereka dengan pandangan mata yang ingin tahu.
"Nadia? Kenapa? Ada sesuatu yang barlaku ke?" tanya Huda bertubi-tubi.
"Tak ada. Semua OK je" jawab Nadia.

"Jangan tipu saya. . ."

Nadia hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum lalu segera duduk bersebelahan dengan Huda.

Tangan Huda, Nadia genggam dengan erat. Wajah Huda pula, Nadia tatap dengan penuh terharu.

"Berhenti risau tentang aku, Huda. Risaulah tentang diri kau. Kau pun kena bahagia juga. Jangan asyik fikirkan kebahagiaan orang lain" pesan Nadia.

"Tapi awak kawan baik saya. Macam mana saya tak boleh nak ambil tahu?" omel Huda.

"Woi! Selagi aku boleh senyum, sapa kau, berbual dengan kau, perlahan-lahan, benda yang menganggu aku tu boleh pula. Sudahlah! Jangan risau tentang aku. Aku OK je" tegas Nadia.

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now