Bab 18 : Hati

132 21 5
                                    

Perlahan-lahan, Farahin pun membuka matanya. Pada waktu itu, dia sudah terbaring di atas lantai sambil air daripada pili air yang mengalir selama sejam itu dibuka secara sengaja oleh Kecik untuk membantu lelaki psiko tersebut melakukan aktiviti terkutuknya terhadap Farahin.

Farahin pun mengagahkan dirinya untuk menutup pili air tersebut. Baju yang dipakai oleh Farahin sebelum dipaksa untuk ditanggalkan oleh Kecik, membantu gadis malang itu menutupi sebahagian tubuhnya yang sedang dalam keadaan tanpa seurat benang. Dia pun kemudiannya, menoleh ke arah jendela yang kini sudah dihiasi dengan langit senja.

"Berapa lama aku tak sedarkan diri ni?" bisik Farahin lalu menyarungkan semula pakaiannya dan membersihkan wajahnya yang agak comot itu.

Dia juga turut mengemaskan kembali rambutnya yang sudah kusut-masai. Setelah selesai, Farahin melangkah keluar dari pejabatnya. Semua pekerjanya melihat Farahin dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Mereka seolah-olah ingin mengetahui apa yang telah terjadi pada bos 'kesayangan' mereka itu. Farahin hanya mampu menundukkan kepalanya. Jika, Kecik asyik terus-menerus datang ke Pejabatnya dan dirinya pula sering sahaja kelihatan penat apabila Kecik pergi, para pekerjanya pastu akan syak yang dia dan Kecik sentiasa, kalau Taufik dia akan cakap, "Hubungan Maksiat"

Disebabkan terlalu malu untuk pandang ke hadapan, Farahin secara tidak sengaja terlanggar Firdaus, bekas kekasihnya. Farahin hampir terjatuh namun dia sempat memaut pada lengan Firdaus. Jejaka tinggi lampai itu hanya memandangnya dengan pandangan sinis. Terasa seperti berada di Antartika, Farahin dapat merasai suhu badannya seakan-akan sejuk apabila dia memandang wajah manusia yang 'dingin' itu.

Farahin juga berasa cemburu apabila Emilda turut berada di situ. Emilda terlihat kecil apabila berdiri bersebelahan dengan Firdaus.

"You. . .buat apa datang sini?" hairan Farahin.

"Sebab Huda. aku datang sebab nak hantar surat berhenti kerja adik aku ni. Huda dah tak boleh nak kerja kat sini lagi" jawab Firdaus dengan suara yang agak kasar.

"Hey! How! Dia tu penting pada I. Kenapa tiba-tiba pula dia nak berhenti!Macam mana dengan Erin nanti?! I need Huda! I need her too!" jelas Farahin.

"Oh, really? Since when?" soal Firdaus dengan angkuh.

"Awak, jangan tinggikan suaralah!" tegur Emilda.

Firdaus terus mendiamkan dirinya. Farahin sempat menjengil ke arah Emilda.

"Pura-pura jadi bidadari" sindir Farahin dengan nada suara yang perlahan namun masih lagi dapat didengari oleh Emilda dan Firdaus akan tetapi mereka berdua hanya berpura-pura tidak dengar sahaja.

"So, adik you kira dah jadi penganggur, lah ni? OK then. . .Dia yang pilih untuk berhenti" kata Farahin lalu meninggalkan Firdaus dan Emilda.

"Dari dulu lagi dia tak cuba nak berubah!" ujar Firdaus.

"Kalau dia berubah sekali pun, awak nak buat apa? Awak nak bercinta dengan dia balik ke?" Emilda berasa cemburu.

Dia pun melangkah maju ke hadapan, meninggalkan Firdaus di belakang.

"Alahai, merajuk pula dia ni" Firdaus terus mengejar Emilda.

"Sayang, janganlah merajuk" pujuk Firdaus lalu memegang lengan baju Emilda. Emilda hanya mencebik.

"Mana ada merajuk" nafi Emilda.

"Habis tadi tu? Awak janganlah merajuk. Salah ke saya nak harapkan Farahin berubah? Putus hubungan dengan dia tak bermaksud saya tak boleh nak doakan yang baik-baik untuk Farahin" jelas Fridaus.

Rumah (akan disunting)Where stories live. Discover now