Suasana yang indah di pantai merdeka.Aku berjalan bersendirian, melalui angin sempoi bahasa.
Aku sempat singgah di motor pak cik yang jual aiskrim .Aku beli satu kon aiskrim berperisa coklat . Coklat adalah perisa kesukaan aku.
Aku berjalan seperti kanak-kanak riang.Rasa bahagia sangat dapat keluar ambil angin lepastu makan aiskrim coklat.Seronoknya.
Melihat keramaian orang di pantai Merdeka .Aku sempat memandang ke arah seorang kanak sedang bermain layang -layang bersama ibu dan ayahnya .
Mesti seronok kalau ada keluarga bahagia macam mereka.Bila aku nak kahwin .
"Aduh!!!"
Sakit kepala aku ni .Siapa pula langgar aku ni.Mamat pakai baju putih.Kecil besar aku tengok dia.
"Woi perempuan tak nampak jalan ke suka-suka langgar orang"jerit lelaki itu.
"Suka hati hang kata aku langgar bila masa aku langgar hang"Aku pula membalas kembali.Suka-suka dia jerit dekat orang.
"Woi perempuan kau tu buta berangan apa sampai langgar aku dah lah tak nak mengaku.Habis baju aku kena aiskrim coklat kau makan tu.Rimas aku"Lelaki itu mula membebel kepadaku . Rimas betul.
Mamat ni memang tak guna lah tak adab langsung mulut pun tak ada insurans.Awat tau aku pi langgar dia waktu ni luahan isi hati seorang perempuan bernama Aminah Rose .
"Perempuan ,kau ni kerja berangan la"Lelaki itu masih membalas dengan kata-kata yang menyakitkan hati .
"Baiklah encik saya minta maaf memang salah saya ". Lebih baik aku minta maaf nanti makin teruk berbalah antara kami berdua.Malu rasanya orang duduk melihat ke arahnya kami .
"Bagus sedar pun salah kau ,aku harap aku takkan jumpa perempuan kuat berangan macam kau"
"Saya pun berharap takkan jumpa lelaki macam awak ,mulut tak ada insurans "Lelaki ini ingat teringin sangat ke nak melayan kerenah dia .Aku pun tak ingin menyampah adalah .
"Sekarang ni ikut aku pergi kereta "
Lain macam mamat ni .Jangan dia buat apa-apa dekat aku sudah.Aku anak dara lagi .
"Buat apa pergi ,encik jangan nak macam-macam"mamat ni seram lah aku tutup badan ku dengan beg tangan yang ku bawa .
"Ikut je lah , aku ni tak teringin dengan kau dah lah pendek kuat berangan.Banyak mulut pula tu."
Geramnya aku mamat ni .Kalau ikut kan hati aku ni aku nak saja lempar mamat dekat tanjung dawai biar lemas .
Aku pun ikut ja lah dia pergi kereta.Apa lah dia nak ni .
Dia masuk dalam kereta.Aku pun tunggu lah dekat luar kereta takkan aku nak masuk pula satgi jadi apa apa mampos aku.
Dia pun keluar dari kereta akhirnya .
Dia baling baju dekat aku .Mamat tak guna ni lah ."Kau basuh baju aku sampai bersih ok". Lelaki itu membaling baju yang kotor tadi ke arah aku.
"Ya saya tahulah"
"Bagi nombor telefon kau , senang aku nak bagitahu kau dekat mana nak hantar baju aku.Lelaki itu menukarkan baju dengan t-shirt berwarna hitam.Nasib ada bawa baju lebih tadi.
Aku buka beg tanganku dan mengambil buku nota dan pen.Aku memang selalu bawa buku dengan pen sebab aku suka terlupa.
"Nak ni nombor saya"aku memberi kertas yang telah aku tulis nombor telefon aku kepadanya .
"Jangan koyak baju aku kalau koyak kau tahulah apa jadi dengan kau nanti."ugut lelaki berbaju itu . Macam-macam aku jahat sangat sampai mahu koyakkan baju dia .
"Baiklah encik "Jawab aku sepatah
"Tak payahlah panggil encik"
"Namaku Azmi Asyraf, panggil Azmi .Apa nama kau perempuan?" Tanya Azmi Asyraf
Mamat ni kan nama ku punya sedap dia panggil aku perempuan .Mamat tak guna .
"Nama saya Aminah Rose "panggil ja ..."
"Aku panggil kau Minah ."
"Kasarlah panggil Minah panggil Rose boleh tak ?."Aku balas kembali kata-kata Azmi Asyraf .Nama aku punya sedap dia panggil Minah memang cari pasal betul .
"Baiklah kalau macam tu .Aku panggil kau Rose.Sekuntum bunga"jawab Azmi Asyraf sambil tersenyum kepada Aminah Rose.
"Sabar jelah awat lah aku jumpa laki lagu ni "luah aku di dalam hati
"Suka hati awak lah "ujar Aminah Rose .
Aku berlalu pergi ke kereta Myvi merah ku .
Baru ingat ingin bersantai hari Ini, Jadi tragedi pula bila berjumpa dengan mamat tadi . Sabar jelah.
YOU ARE READING
BILA JATUH CINTA
RomanceAminah Rose gadis bertudung cuba menawan hati tapi kerja bergaduh mamat beku campur poyo ,mulut tak ada insurans semua adalah .Agak apa bakal berlaku. kalau nak tahu lebih lanjut bacalah cerpen ni Bila jatuh cinta semua jadi lain start:24.7.2021 En...