Malam yang sunyi hanya ditemani bulan dan bintang .Lagu ke sajak ni lantak lah.
"Rose tak payah hang duduk drama sangat dekat luar tu .Jom tengok cerita Hindustan anjeli dengan Rahul ."Maizatul memang dah siap dah bantal dekat sofa keropok pun ada .
"Sat lah aku nak tengok bulan ."Alangkah bahagia jikalau aku sepertimu bulan bercahaya menemani malam indah ini.
"Tak payah bersajak sangat rose oi .Ni laki tak guna hang call ni"Maizatul menunjuk ke arah telefon pintar Aminah Rose.
Apa kejadahnya si laki tak guna tu call aku .
Aku bangun dari kerusi yang disediakan diluar masuk ke dalam rumah.
Dan aku mengambil telefonku dari tangan Maizatul.
"Assalamualaikum ,ada apa ye yang encik Azmi Asyraf call saya malam-malam ni.saya baru nak layan cerita Hindustan."
"Waalaikumussalam ,aku yang call kau .Kau yang banyak cakap.Esok aku nak jumpa kau dekat kedai nasi lemak mak Timah waktu lunch.Ada faham .Aku Ada hal nak cakap dengan kau minah."
Azmi Asyraf memutuskan panggilan.
Apalah yang laki tak guna tu nak siap ajak aku keluar .Jangan dia nak buat apa-apa dekat aku sudah . Nampak aku bawa senjata aku sekali iaitu gunting dan pisau pelipat.
Mungkin diluar orang lihat Aminah Rose ni ayu macam gadis melayu terakhir.Tapi dia sangat menjaga kehormatan diri boleh jadi macam pembunuh bersiri.
"Rose cepat cerita nak mula dah "
"Ya aku datang ni"
***********************************
Kedai mak cik Timah nasi lemak
Azmi Asyraf dan Afiq sedang menunggu kehadiran Aminah Rose.
Hari ini Azmi Asyraf meminta cuti dekat balai polis tempat dia bekerja.
"Assalamualaikum maaf lambat encik Azmi Asyraf .Boleh saya tahu kenapa tiba-tiba ajak saya jumpa."Aminah Rose melihat ke wajah Azmi Asyraf.
"Minah ,kau duduk dulu.Aku nak cerita lah ni."Aminah Rose pun duduk di kerusi berhadapan Azmi Asyraf dan Afiq.
"Aku sebenarnya nak tanya kau .kau ada hubungan siapa-siapa ke?"
"Kenapa encik Azmi Asyraf tanya?.Saya tiada hubungan dengan siapa pun."
"Kalau aku ajak kau khawin minah kau nak tak"Aminah Rose seperti ingin pengsan dekat situ .Tapi bila difikirkan kalau pengsan kesian dekat mak cik Timah pula.
"Encik Azmi Asyraf ni pandai lah bergurau.Takkan lah encik Azmi Asyraf nak khawin dengan saya .Saya ni kerja pengasuh je."
"Awat kalau kerja pengasuh tak boleh khawin kah"Muka Azmi Asyraf seperti ingin marah .Dia ingat aku ni pilih dia sebab pekerjaan ke.
"Bukan macam tu encik Azmi Asyraf .Saya cuma takut .Kita pun baru kenal .Saya ni cuma pengasuh Afiq saja.Saya manalah layak."
"Kau tak percaya aku nak lamar kau."
Azmi Asyraf memasukkan tangan kedalam poket seluar Jeannya.
"Aminah Rose sudi kau jadi isteri kepada Azmi Asyraf yang hensem ni"
Nilah jadi bila lelaki perasaan dia hensem.Hangpa rasa dia hensem kah.Aku pun tak tau nak bagi keputusan pah dekat dia.
"Encik Azmi Asyraf biar saya pegang cincin .Bagi masa saya tujuh hari untuk buat keputusan .Ni masa depan saya juga."
Azmi Asyraf menggangguk dan memberi baldu merah kepada Aminah Rose.
"Aku harap kau dapat memberi keputusan yang terbaik.Aku cuma kesian dekat Afiq .Dia pun nak rasa ada ibu.Nak harapkan kakak aku yang membawa diri tu .Entah bila dia balik pun tak tahu."
"Insyaallah encik Azmi Asyraf saya akan cuba memberi keputusan terbaik untuk tuan."
Aminah Rose membuat tanda tabik hormat dan bangun terus berjalan pergi keluar dari perkarangan kedai nasi lemak mak Timah.
Aku harap kau boleh keputusan terbaik untuk kita.Aminah rose aku sayang kau sangat hingga akhir hayat aku
YOU ARE READING
BILA JATUH CINTA
RomanceAminah Rose gadis bertudung cuba menawan hati tapi kerja bergaduh mamat beku campur poyo ,mulut tak ada insurans semua adalah .Agak apa bakal berlaku. kalau nak tahu lebih lanjut bacalah cerpen ni Bila jatuh cinta semua jadi lain start:24.7.2021 En...