BAB 55-SEJARAH GELAP

10 3 0
                                    

Sufian termenung melihat ke arah langit yang cerah .Sampai bila aku teruskan dendam ini ?.Tapi apa yang terjadi sangat menyakitkan ,Mungkin tiada siapa pun yang akan faham erti kehilangan yang aku rasakan .

13 tahun yang lalu ,menjadikan aku seperti ini .Mungkin bagi setengah -tengah orang melupakan itu mudah .Tapi tidak bagi aku .Setiap kali aku menutup mata kejadian itu akan terimbas kembali.

Di hari yang sepatutnya menjadi kebahagiaanku rupanya menjadi sejarah gelap dalam hidup .Aku mendapat keputusan UPSR yang cemerlang .Pulang saja dari sekolah ke rumahku .Aku masuk ke dalam rumah terlihat ibuku dalam keadaan yang tak mampu untuk aku katakan .

Perut ibu ditikam dipenuhi darah dan juga ada lebam di badanya  .Membuatku tidak mampu berdiri terus aku terduduk .Takkan ibu di rogol dan ditikam.

"Sufian ,ibu minta maaf tak mampu bersama kamu lagi.Ibu harap kamu dapat cari Khairuldin pastikan dia mati.Ibu sayang Sufian sangat ".Mata ibu tertutup dia meninggalkan aku pada hari itu .Jiwaku sepenuh hancur berkecai .Air matanya mengalir laju kehilangan tiada mampu aku lupakan sampai bila-bila.

Semua orang kampung tidak mahu menolong aku mencari siapa pembunuh ibuku .Asal mereka mudah ibuku adalah janda jadi mereka tak nak masuk campur kononya takut isteri mereka marah sebab nak menolong seorang janda anak satu.

Aku dihantar ke rumah anak yatim kerana ibu sebatang kara .Aku berjanji pada diriku yang aku takkan pernah puas hati selagi aku tak hapuskan Khairudin dan seluruh keturunanya . Dia layak mati macam mana dia buat ibu mati keadaan tragis ,

"Sufian ,dahlah tu termenung tengok langit tu.Jom kita pergi jalan-jalan makan angin "Mirza tahu bahawa bosnya meningati kisah gelapnya .Air mata mengalir hingga ke pipi bosnya menunjukkan kesakitan tak mampu di sembuh dengan mudah.


Kami kumpulan Sawit Go akan membalas dendam sampai kami puas .Dato Khairuldin lelaki yang kejam yang mementingkan diri sendiri .Dia seorang penipu dan juga pembunuh .

BILA JATUH CINTAWhere stories live. Discover now