BAB 51-PERHATIAN ORANG TERSAYANG

11 3 1
                                    

Mata Aqilah terbuntang luas memandang ke arah suami sepupunya itu.

"Aminah Rose ada dalam bilik .Cuba abang Azmi tengok dekat bilik tu"Aqilah menunjukkan jarinya ke arah bilik yang berdekatan ruang tamu.Azmi Asyraf terus berjalan ke arah bilik yang ditunjukkan Aqilah tadi.

Masuk saja ke dalam bilik tersebut .Azmi Asyraf melihat ke arah isterinya yang sedang bermain dengan telefonya.

"Sayang kusyuk sangat tengok telefon tu.Abang kacak lagi bergaya langsung sayang tak pandang ?"Azmi Asyraf merampas telefon yang di pegang isterinya.Salman Khan pula rupanya .Aminah Rose memang suka hero hindustan ke ?.Nasib kau lah Azmi Asyraf .Bini kau lebih suka hero hindustan dari kau.

"Suka hati awaknya .Rampas telefon saya ".Geram sungguh hati Aminah Rose .Apabila suaminya suka hati merampas telefonnya.Takat Salman Khan saja pun tu pun nak cemburu.

"SALMAN KHAN tu je penting bagi sayang .Abang ni tak penting ke bagi sayang ?".Nampaknya mereka berdua akan bergaduh.Aminah Rose sudah penat melayan cemburu si suami .

"MUHAMAD AZMI ASYRAF BIN YAZID !!!".Aminah Rose menyebut nama panjang si suami .Kalau tak pujuk makin teruk pulak nanti.Azmi Asyraf memandang ke arah lain.Merajuklah pulak .Aminah Rose memengang tangan kanan suaminya.

"Abang pandang sayang janganlah merajuk dengan sayang .Maaflah kalau sayang terlebih sayang Salman khan berbanding abang ".Aminah Rose memeluk suaminya dari belakang .Azmi Asyraf ni dia cuma nak perhatian dari orang dia sayang .

Akhirnya Azmi Asyraf memandang ke arah isterinya terus membalas pelukan si isteri.Tak boleh merajuk lama .Nanti dia rindu pula dengan minah coklat ni.

"Abang tak merajuk dengan sayang kan ?".Matanya memandang si suami.Azmi Asyraf tersenyum dan mencium pipi isterinya.

"Abang mana boleh merajuk lama-lama dengan sayang .Nanti abang tak boleh nak peluk dengan cium sayang ".Encik suami ni sejak khawin  makin manja pulak .








BILA JATUH CINTAWhere stories live. Discover now