"kakak senyap je tak rindu anak ke"Azmi Asyraf memandang ke arah Razika hanya berdiam di kerusi meja makan itu .
Aminah rose memandang ke arah kakak ipar hanya berdiam saja tanpa kata.Langsung tak keluar tutur kata dari mulutnya.
Mak cik Saida dan Afiq datang ke arah kawasan dapur.Mata anak kecil itu melihat ibunya ada di depan mata .
"Acik Saida tu mama kan "Afiq menunjukkan tangan ke arah wanita duduk membelakanginya.
"Ye Afiq tu mama ,Atuk pun ada dekat sebelah sana "Mak cik Saida menunjukkan jari ke arah Dato Yazid yang sedang memujuk isterinya .
"Sayang dah lah tu .Abang minta maaf memang salah abang .Janganlah merajuk "Mak Milah ke arah menantu dia melepaskan pelukan anak itu.
"Maz pi dekat laki kamu tu .Dia rindu kamu tu"Mak Milah ke arah anaknya.
"Baiklah mak"Datin Maznah mendekati suaminya sedang berdiri tidak jauh dirinya.
"Maafkan maz abang .Maz emosi sikit"Datin Maznah menyalami tangan suaminya .
Dato Yazid memeluk isterinya .Dah lah dekat dua tahun tak jumpa .Tiba -tiba bini pula merajuk.
Pasangan suami isteri itu berbahagia selepas dekat dua tahun berpisah . Akhirnya mereka bertemu kembali .
Indah cinta walaupun sudah berusia.
Razika masuk ke dalam biliknya . meletakkan beg berodanya di tepi kantin.
Air mata sudah tak mampu ditahan .Tipu lah kalau tak rindu anaknya .Anaknya adalah anugerah dari tuhan untuknya.Tapi sebabkan egonya sanggup dia perpisahan dengan anaknya untuk melupakan segala kesakitannya.
Afiq berjalan ke bilik ibunya .Dia sangat merindui ibunya .
"Assalamualaikum mama . Afiq nak jumpa mama boleh"Afiq meminta izin ibunya .
"Waalaikumussalam anak mama , datang sini "Afiq mendekati ibunya .
Razika memeluk anaknya itu.Rindu teramat walaupun bekas suami curang dengan dia tapi anak tiada kaitan dengan apa yang berlaku.
"Afiq ,mama nak tanya seronok tak duduk dengan papa "Razika memandang anak tunggalnya itu.
"Seronok ada kakak sekali .Haritu afiq pergi pantai dengan kakak ."Afiq sudah mula membuka cerita tentang Aminah rose kepada ibunya.
Razika melihat anak sangat ceria menceritakan kehidupannya bersama Aminah rose .
"Boleh mama tahu siapa kakak? "Razika melihat ke arah mata afiq.
"Isteri papa "
Razika menggangguk rupa kakak yang di sebut anaknya tadi adalah adik iparnya.
Adik iparnya sangat lah manis wajahnya . Harap adik dia boleh menjaga isteri dengan baik .Adik dia kalau bab kerja boleh lupa keluarga dekat rumah.
Teringat waktu dulu masa azmi Asyraf baru menganggotai pasukan polis.
Putar balik masa
Azmi Asyraf sudah siap dengan pakaian lengkapnya sebagai anggota polis .
"Asy jangan tak balik pula .Mama masak sedap untuk kamu malam ni "Datin maznah sedang mendukung cucunya afiq.
"Ya mama asy akan cuba untuk balik "Azmi Asyraf menyalam ibunya dan pergi ke arah motosikalnya.
"Mama ,asy dah pergi kerja ke "Razika yang masih pantang ke arah mamanya sedang berdiri ditepi pintu utama.
"Ya razi ,asy dah pergi kerja .Kamu ni masih pantang tak payah banyakkan jalan."Datin Maznah memang bahu anak perempuannya untuk duduk di atas katil.
Malam itu datin Maznah sudah siap memasak untuk makan malam.
Dia pun mesej anak lelakinya itu.
Mama
Asy balik tak rumah hari iniAsy
Maaf hari ini balik lewat sikit .Ada kes yang asy kena turut serta .Maafkan asy mama.Datin Maznah faham anaknya sedang perwira menjaga keamanan negara dari penjahat yang ingin merosakkan negara.
"Mama asy tak balik ke hari ini "Razika duduk di sofa di tepi mamanya.
"Tak razi dia kata dia balik lambat mungkin esok rasanya dia balik .Tak apalah kamu panggil suami kamu ajak dia makan.
Suaminya hakirul lelaki dia sangat cintai
Tapi itu semua dulu selepas dia curang dengan kawan baiknya Darina .
Tak sangka patutlah rapat sangat kata kawan rupanya ada hubungan lain.
Tak sampai dua tahun rumah tangga mereka terbina kini hancur meninggal luka yang mendalam sehinggakan dia tak sanggup untuk berkahwin lagi
YOU ARE READING
BILA JATUH CINTA
RomanceAminah Rose gadis bertudung cuba menawan hati tapi kerja bergaduh mamat beku campur poyo ,mulut tak ada insurans semua adalah .Agak apa bakal berlaku. kalau nak tahu lebih lanjut bacalah cerpen ni Bila jatuh cinta semua jadi lain start:24.7.2021 En...