Di dalam markas ataupun boleh dikatakan ibarat pondok yang agak usang .
Sufian dan Mirza sedang menyusun senjata-senjata mereka di dalam rak yang telah sediakan .
Mirza sedang lali menyusun merasakan seperti adanya sesuatu di atas kepalanya .
Dia cuba untuk memengang kepalanya .Kenapa kepala aku ni .
"Mirza !!!!"
"Apa dia Pian ?!"
"Ada tikus dekat atas kepala kau "
"Patutlah rasa macam berbulu "Mirza mengambil tikus yang berada di atas kepala dan diletakkan ke dalam tong sampah.
"Tulah aku cakap dengan kau kena ikat rambut tu .Tikus pun dah tak tahu beza rambut dengan semak "
"Mulut kau kan Pian.Dulu masa kita kerja tentera kau tak adalah mulut macam ni "
"Kau ni pun aku kata benda betul "Sufian hanya mampu tersenyum melihat sahabatnya macam orang makan cili yang pedas lain macam .
"Wei ,aku rasakan polis dah dapat kesan lokasi kita "Mirza merasa tidak sedap hati .
"Kau tak perlu risau kalau jadi apa-apa biar aku yang tanggung .Ni cerita aku "
"Pian aku takkan tinggalkan kau .Kita bersama-sama berjuang biarlah sampai akhir ."
......
Di Balai Polis Bandar Hilir Melaka
"Baiklah semua hari ini kita akan mulakan perbincangan kita tentang kes pembunuhan Dato Khairuldin yang masih belum selesai lagi "Tuan Razrul mengambil fail kes tersebut yang berada di atas meja.
"Sekarang semua boleh tengok skrin di hadapan "Tuan Razrul menunjukan jari di skrin hadapan.
"Sekarang semua boleh lihat di skrin gambar-gambar suspek yang iaitu ahli kumpulann sawit go .Ketua mereka iaitu sufian adalah seorang bekas tentera yang di buang akibat mencederakan dan mengurung seorang wanita dengan
di dalam bilik stor."Mata-mata para anggota polis memerhati maklumat yang berada di skrin."Mangsa adalah wanita berusia dua puluhan.Mangsa bernama Nur Aqilah Binti Khairudin.Mangsa di ajak ke bilik stor untuk memeriksa senjata .Suspek memukul mangsa menggunakan senapang yang berada di dalam bilik itu dan mengunci pintu bilik dan membiarkan mangsa ."
"Tapi suspek lupa bahawasanya ada kamera CCTV yang berada di dalam bilik itu ."Suspek juga telah membunuh Dato Khairudin seorang jutawan .Mereka juga meninggalkan sekeping nota yang tertulis dendam di balas dendam.
YOU ARE READING
BILA JATUH CINTA
RomanceAminah Rose gadis bertudung cuba menawan hati tapi kerja bergaduh mamat beku campur poyo ,mulut tak ada insurans semua adalah .Agak apa bakal berlaku. kalau nak tahu lebih lanjut bacalah cerpen ni Bila jatuh cinta semua jadi lain start:24.7.2021 En...