Bab 28: Kejutan

18 4 0
                                    

Majlis resepsi perkahwinan Azmi Asyraf dan Aminah rose sudah hampir tamat.

Kebanyakan tetamu sudah pulang hanya tinggal keluarga terdekat saja.

"Selamat pengantin baru dekat hangpa dua"mak Milah memeluk cucu menantunya.

"Tok ,Asy tok tak peluk pun "Azmi Asyraf dengan nada sedih .

"Biar lah tok peluk bini hang .Hang tu bukan nak balik jumpa tok duduk sibuk kerja sangat ."Mak Milah mula menjauh hati.

"Tok ,Asy minta maaf kalau selama ni jarang lawat tok dekat Perlis .Banyak sangat kes dekat balai sampai tak cukup tangan ni nak selesaikan"Azmi Asyraf memandang ke arah mak Milah untuk meminta simpati.

"Tak apalah Asy tok faham kamu tu selalu sibuk.Tapi sekarang ni sudah ada isteri jangan terlampau sibuk sangat.Kalau tok tahu kamu tinggalkan bini kamu sorang ja dekat rumah .Tok ikat kamu dekat pokok kelapa dekat tepi rumah tu."Mak Milah sedang serius sekarang muka dia pun ambik peranan.

"Yelah tok takkan lah Asy nak tinggalkan bini Asy yang comel ni ."Azmi Asyraf mencubit pipi isterinya.

Aminah rose geram sangat apabila suaminya mencubit pipi dia pun balas balik .Mula lah bertanding mencubit pipi siapa paling merah.

"Oi nak mencubit sangat kan mai tok mencubit hangpa pula"Mak Milah mencubit lengan cucu dan cucu menantu .

"Sakit!!!"Azmi Asyraf dan Aminah rose berkata serentak.

"Hangpa ni dah kahwin pun yang duduk bergaduh pasai pa pula .Tak faham aku dengan dua ekor ni"Mak Milah sudah malas layan cucu dan cucu menantunya .Baik dia tolong Maznah dekat dapur untuk masak makan malam .

Lauk tadi pun adalah sikit jadi bawa ja balik .



Datin Maznah sibuk mengacau gulai ikan dengan senduk sudip dia.Mak Milah datang ke arah anaknya itu.

"Hang masak apa tu "mak Milah duduk betul-betul di belakang datin Maznah.

Datin Maznah cuba mengalihkan pandangan ke arah suara itu.Dia pun memegang dadanya .

"Mak awatlah kejutkan maz lagu tu . Boleh sakit jantung tahu tak ."nasib saja tak terpelanting senduk gulai tadi.

"Alah mak saja nak gurau dengan hang.Nak sweet sikit ja dengan hang."mak Milah bergurau dengan anak perempuan dia sorang ni.

"Sejak bila mak pandai bersweet ni. Siapa yang ajar mak ni".Datin Maznah cuba mengawal diri untuk tidak ketawa.

"Siapa lagi kalau bukan anak saudara kamu tu si Safina tu ."Safina antara cucu yang cari pasal .Tok dia pun dia ajak bersweet .

Pintu rumah di ketuk dari luar .Mak cik Saida membuka pintu itu.Mak cik Saida seperti terkejut melihat orang yang datang ke rumah mereka.

Dato Yazid dan razika ada depan rumah mereka.

"Dato ,bila Dato sampai sini bukan ke tahun depan baru dato balik?"Mak Saida menyoal majikannya .Dia hairan kata nak pulang ke Malaysia tahun depan.Sekarang dah ada dekat depan mata.

"Anak saya khawin mesti saya balik walaupun lambat nak dekat maghrib kan .Saida terima tolong jaga isteri dengan anak dan cucu saya si Afiq tu."

Datin Maznah dari dapur melihat ke arah pintu berhadapan rumah tamu itu.Siapa yang datang pada waktu begini.

"Saida ,siapa datang tu"Datin Maznah mendekati mak cik Saida yang beramah mesra dengan tetamu datang terpacak di hadapan rumahnya.

"Abang yaz ,razika..."Datin Maznah sangat terkejut melihat suami dan anak perempuannya ada di hadapan pintu utama rumah mereka.

"Sayang, sorry abang tak bagitahu sayang abang balik"datin Maznah muka sudah menjadi masam .

Dia berlari ke arah dapur .Mak Milah ada di dapur melihat keadaan anak perempuan sudah mula menangis .

"Awat dengan hang ni maz ?. Tiba-tiba menangis ni"Mak Milah menggosok belakang anaknya itu.Datin Maznah memeluk ibunya .

Dato Yazid dan razika masuk ke kawasan dapur.

"Assalamualaikum ,mak pun ada dekat sini"Dato Yazid datang ke arah mak mertua menyalami ibu mertuanya itu.

"Waalaikumussalam yaz ,kamu rupanya yang buat si maz menangis ."Mak Milah ke arah menantu dan cucunya.

"Maaflah mak ,yaz sebenarnya nak buat kejutan dekat maz tak tahu pula jadi macam ni pula."Dato Yazid melihat ke arah isterinya dalam pelukan ibu mertuanya itu.

Razika melihat ke arah ibu bapanya .Apalah dah jadi mereka berdua ni . Walaupun dah tua tapi tetap nampak sweet gitu.

Tak macam dia tak sampai dua tahun menjalin hubungan rumah tangga .Suami sudah ada yang lain.Mereka bercerai dan dia membawa diri ke London untuk mencari ketenangan disana dan menolong papanya mengurus syarikat mereka.Syarikat mereka mengeskport barang dalam negara ke luar negara untuk dijual di pasaran antarabangsa .

Azmi Asyraf dan Aminah rose turun dari bilik mereka .Dah pergi ke arah dapur . sebelum masuk di kawasan dapur mendengar seperti orang agak ramai di dapur.

Azmi Asyraf terkejut melihat papanya dan kakaknya ada di depan matanya .Di hujung pula mama sedang menangis dalam pelukan neneknya.

"Papa bila sampai ?. Kenapa tak call Asy ambil papa dan kakak dekat lapangan terbang "

"Papa suruh Mazlan ambil papa dengan kakak kamu tadi "Azmi Asyraf hanya menggangguk dengan apa dikata papanya.

"Lupa Asy nak kenal kan menantu papa .Nama dia Aminah rose .Asy selalu panggil dia minah betul tak sayang."Azmi Asyraf melihat ke arah Aminah rose.

Aminah rose melihat mereka suaminya rasa macam nak cubit pipi geram betul.

"Assalamualaikum hai papa .Saya Aminah rose .Papa panggil rose pun tak apa ."Aminah rose memberi senyuman yang manis dan ikhlas kepada bapa mertuanya.

"Waalaikumussalam hai rose .Nama papa Yazid .Kamu panggil ja papa .Kamu dah jadi anak menantu papa.Kalau Asy ada marah dan pukul - pukul rose bagitahu papa.Tahulah papa nak buat apa dengan dia tu."Dato Yazid membalas senyuman menantunya itu.

"Apa ni papa Asy pula yang kena .Ni mesti nak lebihkan menantu lah ni dari anak sendiri."Azmi Asyraf dengan nada merajuk.

"Asy kamu jangan nak merajuk cukuplah mama kamu sorang ja merajuk "kata mak Milah lagi .

"Baik tok"Azmi Asyraf hanya diam saja .

"Kak Razi tak nak jumpa Afiq ke dah lama akak tak balik sini."Azmi Asyraf menyoal kakak sulungnya itu.

"Mak cik Saida boleh tak panggil Afiq suruh bawa datang sini "Azmi Asyraf meminta mak cik Saida untuk memanggil anak saudaranya itu.

Mak Saida menggangguk dan pergi ke arah tangga untuk memanggil cucu majikannya itu .

"Kakak senyap ja kenapa tak rindu anak ke?"















BILA JATUH CINTAWhere stories live. Discover now