BAB 42:Di tugaskan

9 2 0
                                    

"Ya kamu berdua akan mulakan penyamaran sebagai saudara Aqilah .Saya syak mereka akan cuba dapatkan Aqilah "

Azmi Asyraf dan Aizimirul hanya mampu berdiam ketika itu.Tidak mampu membalas percakapan ketua mereka Mereka diberi tugasan hanyalah untuk menlindungi Aqilah .Hanyalah untuk memerhatikan keadaan Aqilah dan keluarganya.

Habis saja mesyuarat ,Azmi Asyraf dan Aizimirul masih duduk kerusi di bilik itu.

"Tuan, kenapa kami berdua ditugaskan untuk operasi kali ini "Azmi Asyraf menyoal ketuanya.Baru hati ingin bercadang untuk pergi bulan madu lepas habis kes ni .Tapi macam tak kesampaian nampaknya.

"Beginilah kamu berdua ,saya nak kamu pergi ke Melaka hanya untuk melindungi Aqilah .Satu lagi Azmi Asyraf .Saya nak kamu dan isteri berpindah ke Melaka ."Azmi Asyraf mula dengan kata-kata Tuan Rahsid . Kenapa perlu bawa Aminah Rose sekali

"Kerana kamu dan isteri kamu saja mampu melindungi Aqilah .Kamu jangan khawatir Rizal juga akan turut membantu "Azmi Asyraf dan Aizimirul hanya menggangguk dan mereka berdua memberi tabik hormat terus keluar dari bilik itu.

Semoga perancanganku akan berjalan dengan lancar . Sebuah ungkapan dari hati Tuan Rashid.

........

Di Rumah Dato Yazid ,Azmi Asyraf meletakkan kereta di garaj .Dia berjalan ke arah pintu rumah ayahnya itu .

Pintu diketuk beberapa kali sambil memberi salam. Akhirnya dibuka oleh Mak cik Saida .

"Waalaikumussalam .Awal pula kamu balik hari Asy ."

"Hari ni kerja tak berapa banyak sangat acik Saida . Tu yang balik awal "Azmi Asyraf membuang kasutnya dari kakinya.

Azmi Asyraf terus berjalan ke arah biliknya.Dia ingin bertemu dengan isterinya sekarang juga .

Sampai sahaja di hadapan bilik . Azmi Asyraf mengetuk pintu bilik itu.

Aminah Rose yang sibuk main dengan telefon di atas katil .Terus bangun apabila mendengar ketukan pintu dan terus mengambil tudung yang di perjuru katil.

Setelah siap memakai tudung sarung .Terus dia membuka pintu biliknya.Aminah seakan terkejut melihat suaminya .Awal pula suami dia balik hari ni selalunya malam .Ni waktu petang macam ni dah sampai rumah.

"Awal abang balik hari ni "Aminah Rose menyalami suaminya .

"Sejak bila , sayang panggil abang ni ".Alamak aku tersasul panggil dia abang pula.

Wahai mulut mengapa mengeluarkan perkataan itu .Habislah aku .Apa patut aku buat?

"Mana ada ?.Awak salah dengarlah tu saya panggil awak bukan abang "
Aminah Rose cuba menyakinkan ungkapannya .

"Sayang , sayang ingat abang ni pekak ke?. Tak dengar apa yang sayang cakap tadi "

Suamiku mengapa kamu makin gatal .

"Sayang ,abang ada perkara penting ingin beritahu sayang"

Aminah Rose yang berangan tadi terus melihat ke arah suaminya .

"Perkara penting apa yang awak nak bagitahu ?"

"Minggu depan kita pindah melaka"

BILA JATUH CINTAWhere stories live. Discover now