Prolog

2.4K 195 10
                                    

Shaza Zahirah 's POV

Hari ni aku temu duga dengan pengarah syarikat yang aku akan bekerja nanti. Yakin betul bekerja dekat sini.

Langkahku berhenti di hadapan kaunter pertanyaan. Eh, bukan. Ini mungkin meja setiausaha Encik Luqman Hakimi.

Ya, nama ceo syarikat besar ini ialah Luqman Hakimi bin Hayyan. Nama pun gempak, mesti wajah pun gempak kan?


"Assalamualaikum, cik. Boleh saya bertanya?" Aku mengejutkan setiausaha Encik Luqman Hakimi ini.

Fuh, nama pun cantik. Arya Qiara. Arya menoleh ke arah aku. Berdebar. Cik Arya lah ni? Oh wajah pun cantik.

"Ye waalaikumussalam. Ni cik Shaza Zahirah kan?" dia meneka.

Aku tersenyum sumbing. Tahu betul aku ni Shaza Zahirah. Famous jugak aku kat sini. Ceh perasan, sedangkan memang waktu ni waktu orang temu duga. Sekali-sekala jadi artis, banyak orang kenal.

"Ha ye saya. Saya datang nak temu duga dengan Encik Luqman Hakimi," aku memberikan dia secebis senyuman manis.

Cik Arya membalas senyuman ku. Dia mendekatiku.

"Cik boleh ikut saya masuk dalam."

Aku mengangguk. Lantas aku mengikuti langkah Cik Arya yang sedang berjalan macam model. Badan dia tinggi, sesuai sangat dengan muka dia yang cantik tu.

Agak-agaknya, dia dengan Encik Luqman Hakimi ni berskandal ke? Lantas saja kepala ku menggeleng laju. Jangan fitnah bukan-bukan.

Tok! Tok!

"Cik Shaza Zahirah datang nak temu duga dengan Encik Luqman. Boleh masuk tak?" Cik Arya mengetuk pintu bilik tuannya.

"Masuk!"

Uish, bunyi suara macam garang. Tapi suara dia juga mengancam. Uhh, jatuh saham apabila jatuh cinta. Sejak bila masa aku jatuh dengan lelaki ceo? Setahu aku, aku punya taste, lelaki mafia.

"Er jom. Cik boleh masuk tapi saya nak bagi warning, jangan buat dia marah. Encik Luqman tu garang macam harimau. Rawr!"

Eh, ada-ada je Cik Arya ni. Encik Luqman garang? Huh, memang pun. Tadi dengar suara, macam nak terkencing aku.

"Baiklah, Cik Arya. Saya masuk dulu." Aku mengangguk sebelum terus masuk ke dalam bilik.

Perlahan aku menolak tombol pintu. Pandanganku melihat sekeliling ruang bilik itu. Aku akhirnya masuk dan terus menutup pintu.

Takut kena marah sebab tak tutup pintu. Bukannya apa, selalu tengok drama, baca novel, boss akan marah kalau masuk tak tutup pintu terus.

Aku mendekati meja Encik Luqman. Muka dia boleh tahan hensem tapi tegang je aku tengok. Mata dia fokus menghadap fail kerja. Oi! Aku cantik seperti bidadari ni tak nampak ke?

"Ehem, Encik Luqman..." aku menegurnya.

Dia berdecit. Eh, aku tegur pun salah. Apalah mamat ni! Pakej muka je hensem dan kaya tapi perangai tak bagus mana.

My Extraordinary Husband Where stories live. Discover now