Shaza merenung maklumat tentang pembinaan yang dibicarakan oleh orang-orang teratas sekarang. Payah juga kerja macam ni.
"Aku ke kena teman Encik Luqman? Aku mana reti bab PA. Tapi kalau bab-bab lain, aku tahu." Tangannya yang memegang sehelai kertas itu terus beralih ke bawah dagu.
Dia sendiri tidak faham, kenapa hanya dia yang kena pilih? Baru sehari bekerja, dah kena pilih. Ingat senang ke menempel macam gam dekat Encik Luqman? Lebih-lebih lagi Encik Luqman tu seram je perangai.
"Shaza,"
Shaza menoleh ke arah orang yang memanggilnya tadi. Atiqah yang memandangnya dengan dingin. Kenapa? Salah ke apa yang dia buat?
"Kenapa Atiqah?" tanya Shaza.
Atiqah mendekati Shaza. Matanya memandang kertas tentang pembinaan bersama dengan Encik Luqman.
"Siapa pilih kau teman Encik Luqman?" tanya Atiqah.
"Encik Luqman dan Cik Arya. Kenapa? Saya tak layak ke?" balas Shaza.
Perlahan Atiqah mendekati mukanya ke arah Shaza. Dia seakan-akan mahu membisik sesuatu.
"Kau memang tak layak langsung dan kau jangan nak terhegeh-hegeh dengan Encik Luqman," bisik Atiqah.
Shaza tersenyum. Atiqah menjeling tajam ke arahnya. Dia menjarakkan mukanya dari muka Shaza. Jijik dia pandang perempuan bertudung itu
"Awak ingat saya nak sangat dengan Encik Luqman? Kalau pasal layak tu, saya memang layak sebab tu Encik Luqman dan Cik Arya lantik saya. Kenapa? Awak cemburu?" Ya, ini baru lah Shaza.
"Kau sesekali takkan layak. Diorang lantik kau sebab kau first time dekat sini." Atiqah mengetap bibirnya. Geram.
"First time? Kalau saya tak layak, kenapa saya pernah lunch dengan Encik Luqman semalam?" Wajah Shaza hanya beriak biasa.
Malas hadap Atiqah yang langsung tidak matang dan berdisiplin. Encik Luqman tidak sedarkah bahawa dia sudah salah memilih orang?
"Kau merepek apa doe? Kau lunch dengan Encik Luqman? Berdua? Ha jangan nak buat cerita." Atiqah mengukir senyuman sinis.
Tapi sinis lagi senyuman Shaza sekarang.
"Oh kau tak percaya? Okey takpe, apa-apa pun kita tengok," jawab Shaza.
"Dah lah, malas saya cakap dengan awak yang gila ni." Kaki dihayunkan menuju ke pintu keluar Bilik Team A.
Atiqah yang melihat Shaza yang melangkah itu terus menggenggam tangannya. Dia geram. Geram sangat dengan Shaza.
"Okey kita tengok."
シ︎
Rungutan dari Shaza didengari oleh Luqman yang mahu menuju ke arah keretanya. Bebelan apa pula yang dilemparkan oleh gadis itu ya?
"Gedik macam cicak. Ingat aku nak sangat dengan Encik Luq-"
"Hai Shaza." Panjang umur. Terus terhenti ayat Shaza apabila Luqman menerjahnya tanpa memberi salam. Hai? Bukan ke Assalamualaikum?
"Waalaikumussalam Encik Luqman," Shaza menjawab dengan mempamerkan senyuman manis.
"Yow yow deep man! Okey sorry. Shaza buat apa kat sini? Tak kerja ke? Tadi dengar macam merungut je," tanya Luqman.
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romance⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...