"Hello my happiness...err?"
"Who are you?"
Tengku Hazziq mengerutkan dahinya. Siapa lelaki ni? Shaza lantas tersenyum. Lantas itu dia berdiri dan mendekati Luqman.
"Waalaikumussalam..." Bunyi agak simple tapi boleh menyakitkan hati manusia. Shaza menyindir Luqman dengan senang hatinya.
"Tu siapa?" Soal Luqman.
Kalau ada lelaki yang bermesra dengan miliknya, itu tidak boleh jadi. Dia kena mempertahankan hak dirinya sebagai orang yang paling hensem dan istimewa di hati Shaza.
"Tengku Hazziq, kawan saya," jawab Shaza.
Tengku Hazziq terus berdiri dan menyalami tangan Luqman. Luqman juga membalas salam dari Tengku Hazziq.
Mereka berdua membalas senyuman tapi berbeza dari hati. Hati mereka diselubungi pelbagai perasaan. Ada marah, cemburu dan tanda tanya.
"Hai, kau?" Tengku Hazziq bertanya.
"Luqman Hakimi, bakal tunang Shaza."
Prak!
Hati tiba-tiba saja terasa ditusuk oleh pedang. Tengku Hazziq mengerutkan dahinya. Shaza pula tersengih-sengih. Malu lah, ada orang cakap diri dia sebagai tunang.
"Tu..tunang?" Soal Tengku Hazziq.
Lah, baru kau tahu ini siapa. Luqman Hakimi ni bah. Jangan rampas milik dan kesayangan gua. Getus hati Luqman.
Shaza mengangguk tanpa fikir hati manusia. Sakit dan pedih hati Tengku Hazziq apabila orang kesayangan mengaku orang lain sebagai tunang.
"Assalamualaikum kak-"
Terhenti ayat Khairul apabila melihat dua gerangan lelaki yang menyukai kakaknya. Takkan semua dah berlaku? Dia sendiri bertanya kepada dirinya sendiri.
"Waalaikumussalam," jawab mereka bertiga.
Khairul terus mendekati mereka dan memandang wajah Tengku Hazziq yang tersenyum kelat itu. Dia tahu pasti sakit untuk menghadapi semua ini.
Tiada jodoh.
"Emm saya nak pergi balik dulu ye. Assalamualaikum.." pamit Tengku Hazziq.
Hati dia kecewa hari ni. Lama dia menunggu Shaza tapi Shaza dulu sudah diambil oleh orang lain. Khairul hanya memandang Tengku Hazziq itu dengan senyuman pahit.
"Okey, hati-hati. Waalaikumsalam.." jawab mereka.
Terus saja Shaza menoleh ke arah Luqman yang mencebik masam ke arahnya itu. Khairul lantas pergi ke dapur kerana dia tak nak menonton drama semut di sini nanti.
"Elele bakal tunang ! Are you okey?" tegur Shaza.
Luqman terus melabuhkan punggungnya. Mulut dimuncungkan ke depan tanda dia merajuk dengan Shaza. Terpinga-pinga Shaza dibuatnya.
Apa kes pulak kali ni?
"Luqman, why?" tanya Shaza sekali lagi.
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romance⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...