"Cik Aqilah, saya boleh terangkan semuanya."
"Terangkan apa lagi ? Awak tahu tak sekarang ni saya dalam bahaya ? Bukan saya je, family saya pun dalam bahaya. Kenapa boss awak tu tak jujur je selama ni?" soal Aqilah.
Aqilah geram dengan Tengku Hazziq sekarang ni. Kenapa lelaki itu tidak bagitahu perkara penting kepadanya ?
"Dia tak cakap dulu sebab dia takut Cik Aqilah tak nak dekat dengan dia. Identiti dia selama ni langsung tak diketahui kumpulan lain. Cik Aqilah jangan risau sebab masa dia kena attack tu, dia dah sorokkan identiti dia dan pakai pakaian serba hitam dan menutup wajahnya. Dia rahsiakan identiti dia sebab dia tahu, dia akan berkahwin dan tak nak Aqilah masuk sekali dalam dunia gelap ni," jelas Ammar.
"Tapi mafia buat kerja haram kan ?"
Ammar terdiam seketika. Aqilah tersenyum sinis. Kerja haram ? Dia langsung tidak terfikir sebelum ni tentang lelaki itu.
"Tak. Dia tak jual dadah dan arak pun. Dia cuma—"
"Dia ada senjata api yang haram, kan ? Dia bunuh orang kan ? Dia cederakan orang, kan ? Dalam Islam, seteruk apa pun manusia, kita sebagai manusia, sesama makhluk, dilarang menghukum dia. Hanya Allah je boleh tarik nyawa dia. Kita tak boleh bunuh dia dan sentuh dia sebab diri tu milik Allah. Semuanya milik Allah. Haram kan ? Tak boleh, kan ?"
"Tahu pula haram, halal. Kalau bermesra satu rumah, pegang tu, pegang ni, masa belum akad, tak jaga pandangan, jumpa bukan mahram dengan berperasaan senang dan teruja, boleh pulak?" Tiba-tiba satu suara menyampuk dan mengejutkan perbualan mereka berdua.
Terus saja Ammar mengetuk kepala Az apabila bercakap sebegitu kepada Aqilah. Sentap orang dibuatnya.
Aqilah berdehem. Ada juga betul. "Ehem, saya nak balik. Nanti kalau ada apa-apa, nanti saya datang. Buat masa sekarang, saya nak rehatkan minda. Kirim salam dengan boss korang."
Aqilah membuka langkahnya menuju ke lif berdekatan. Tidak sempat Ammar menahannya kerana Aqilah sudah pun masuk ke dalam lif dan turun ke tingkat bawah.
"Apa bodohlah kau ni Az. Sentap tahu tak ?" tegur Ammar.
Az mencebik. "Lah betul apa ? Salah ke aku tegur ? Biar tegur sampai sentap daripada ditegur dengan cara lembut tapi tetap tak masuk otak, tak guna jugak."
"Habis tu, bestie kesayangan kau tu apa ? Si Qis tu. Tak pulak kau jaga ikhtilat. Kau nak cakap, kawan ? Ikhtilat tu macam mana ? Keluar malam-malam berdua-duaan boleh pulak?" Sinis saja senyuman Ammar diberikan untuk Az.
"Alah, kita sama je. Buat dosa. Semua tak lari dari buat kesalahan dan dosa. Nanti-nanti aku insaf." Ada saja jawapan yang keluar dari mulut Az.
"Lantak kau lah, senah." Ammar mengalah. Kalau nak berlawan mulut dengan Az, memang sampai esok tak habis. Ammar terus melangkah masuk ke dalam bilik Tengku Hazziq. Malas nak layan karenah AZ.
Silap hari bulan, terus insaf bila bercerita pasal agama ni. Alhamdulillah, siapa nak Az ? Ha, boleh daftar nama. Terus saja Az menjeling tajam ke arah Ammar. Cis, boleh pulak dia pergi macam tu.
Saya sebagai author, banyak jugak dosa. Kalau ada silap, sila tegur gais ! Saya terima teguran mu ~
"Az, jom. Pergi kantin hospital. Aku lapar." Bahu Az ditepuk oleh seseorang.
"Kau belanja ?" tanya Az sebaik saja dia menoleh ke belakangnya. Wajah hitam manis milik Aliff memenuhi pemandangannya.
Aliff mengangguk. "Aku ada duit sebab tu aku belanja,"katanya sambil berjalan meninggalkan Az yang masih tidak berganjak.
Az terus mengejar langkah Aliff apabila jarak lelaki itu terlalu jauh darinya. "Kejap lah. Jangan laju sangat."
Mereka berjalan beriringan menuju ke tingkat bawah. Banyak juga lah doktor, jururawat, pelawat yang memandang ke arah mereka. Kebanyakkannya perempuan.
Biasalah orang hensem, siapa je tak jemu pandang kan? Okey, biar saya bagitahu tanpa anda tanya sekalipun.
Semua anak buah Tengku Hazziq ni, hensem. Semua ye, semua ! Bukan sesetengah. Oleh kerana mereka terlalu hensem, mereka buat keputusan untuk memilih single kerana pekerjaan mereka yang terlalu berat dan bahaya.
Hensem tu hensem tapi boss mereka tu lagi hensem lah. Halah, sedang-sedang 20% hensem lagi dari mereka.
*kembang bulu ketiak (psstt, someone)
シ︎
"Sha betul ni memang dah bersedia?"
Shaza mengangguk. Tunang lama-lama dengan Luqman buat apa ? Baik kahwin cepat kalau dah ada jodoh tu.
"Baguslah. Semuanya dah dirancang dah diaturkan untuk minggu depan. Lepas ni, jangan jumpa Luq tau sebab orang nak kahwin, darah tak manis kalau bertembung. Faham?"
Shaza akur. "Sha cuma nervous lepas kahwin nanti. Tak biasa serumah dengan orang luar. Lebih-lebih lagi sebilik dan paling takut, sekatil."
Puan Khaira tergelak kecil. Lucu apa yang dirisaukan oleh Shaza tu. Benda tu pun, nak dibesarkan.
"Apalah Sha ni. Okeylah tu sekatil. Tak baik tau kalau tak berada di sisi suami. Lagi bagus sekatil, boleh peluk-peluk pastu paling best nanti tak lama lagi dah ada 'isi'. Kan ?" Seloroh Puan Khaira.
Wajah Shaza membahang. Malu dikatakan sebegitu. Boleh pulak cerita pasal anak sebelum kahwin ni. Awalnya merancang.
"Malu lah, ma. Nanti Luq dengar, dia usik dan ungkit pasal tu macam mana ?" Bibir dimuncungkan ke depan.
Perasaan malu tadi masih lagi berada di dalam diri Shaza. Puan Khaira menggelengkan kepalanya. Terlalu banyak karenah Shaza kalau cakap pasal anak.
"Biar lah dia tu. Lagi bagus kalau usik pasal anak. Kot kot terjadi betul. Mama orang yang paling gembira tau !"
Shaza tersenyum hambar. Kahwin, dia memang dah bersedia. Tapi kalau cakap pasal anak tu, kahwin pun belum, ada hati nak mention.
Orang sekarang be like:-
"Dah tua, bila nak kahwin?"
Lepas kahwin pulak,
"Dah kahwin, takde isi lagi ke?"
Buto betul. Eh eh astaga, mende yang aku cakap ni. Korang jangan ikut tau, semua kata-kata kotor dan tak baik, jangan diikuti.
"Berdoa jelah mama." Mata Shaza melilau mencari kelibat seseorang. "Maira mana? Sejak dua menjak ni, takde pun tengok dia. Last haritu masa dia datang kat rumah Sha. Mana dia ek?" tanya Shaza.
Sengaja ubah topik.
"Berjumpa dengan kawan dia lah tu. Sha cakap, dia pergi rumah Sha? Buat apa dia kat sana? Mama tak tahu pun." Lah, tanya sama tanya.
"Eh, dia tak bagitahu mama ke? Setahu Sha, dia kata dia tolong Khai kemas rumah pastu masak semenjak kaki Sha masih sakit tu. Sekarang dah okey," balas Shaza.
Puan Khaira mengerutkan dahinya. Ini tak boleh jadi. Maira langsung tak beri khabar kepadanya. Apa pulak anak dara macam tu.
"Pelik betul perangai dia. Sejak dia kenal dengan keluarga Sha, dia lambat balik rumah. Mama pun risau, pastu dia cakap, dia jumpa kawan je," ujar Puan Khaira.
Shaza terdiam seketika.
"Sejak dia kenal dengan keluarga Sha je ke? Sebelum tu?" soal Shaza.
Puan Khaira mengangguk.
"Selepas dia kenal je jadi camtu. Sebelum tu, takde pulak dia balik lambat. Rumah pun tak sunyi sebab dia selalu terperap dalam rumah ni. Mama rasa ada something lah."
Shaza seakan faham dengan kata-kata Puan Khaira. Dia memandang wajah Puan Khaira dengan riak yang sukar ditafsirkan.
"Maira ada apa-apa ke dengan Khairul?" Soalan itu membuatkan mereka berdua sama-sama berfikir.
Habislah korang. Ha, sorok lah lagi ! Kan dah terkantoi.
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
عاطفية⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...