Pandangannya beralih pada wajah Luqman. Hatinya berasa bahagia kerana Ariana dan Atiqah membuat kerja yang baik.
Luqman yang terlantar di katil hospital itu hanya dipandang dengan riak biasa tapi bukan bagi keluarga Luqman. Ibu bapa Luqman, Maira dan keluarga Shaza juga turut berasa sedih apabila melihat kesihatan Luqman yang semakin bahaya.
Semalam, waktu lokasi Shaza kena culik sudah diketahui, lantas saja Luqman pergi ke tempat itu.
Malang tidak berbau, dia kemalangan apabila memandu dengan laju dan tanpa mematuhi undang-undang jalan raya akibat terlalu mengikuti perasaanya.
"Mama nak makan? Maira ada bawa bekal ni." Bahu Puan Khaira disentuh oleh Maira.
Puan Khaira menggeleng kepala. Dia tidak ada rasa selera makan apabila melihat kepada Luqman begini. Shaza diculik, Luqman kemalangan.
Apa lagi perkara yang malang berlaku?
"Kalau mama nak abang Luq happy, mama kena makan. Kalau tak, nanti waktu abang bangun, dia sedih sebab tengok mama kurus sangat." Maira memujuk mamanya lagi.
Puan Khaira hanya terdiam. Matanya sentiasa memandang wajah Luqman. Reen yang melihat itu hanya menjulingkan matanya.
Degil sungguh.
"Mama, makan lah. Nanti Luqman marah mama kalau mama tak makan." Giliran Reen juga yang memujuk.
Kalau berdiam diri, dia akan disyaki terlibat dalam perkara malang tersebut. Reen mengambil bekal yang berada di tangan Maira.
"Mama tak nak makan.."
Encik Hayyan mengeluh. Susah betul isterinya nak makan. Orang suap pun tak nak. Reen dan Maira memandang antara satu sama lain.
"Kena paksa mama makan ke?" Soal Maira seakan membisik.
"Mana kak Reen tahu," jawab Reen.
Leceh betul. Hati Reen bertambah panas apabila Puan Khaira terlalu degil dan susah sangat nak makan. Kan dah menyusahkan.
シ︎
Kepalanya menjenguk ke ruang tamu. Tetap juga tiada. Hatinya merasakan bahawa Tengku Hazziq sudah pun bekerja.
Lantas itu kakinya melangkah menuju ke dapur. Bau sesuatu masuk ke dalam rongga hidungnya menyebabkan langkahnya terhenti.
"Siapa masak? Mak Nia takde hari ni." Aqilah berfikir sejenak.
Takkan lah Tengku Hazziq yang masak sedangkan sambal belacan goreng hari tu, secara logiknya, dia gagal. Tapi ini apa?
Orang gaji baru? Itu juga tak mungkin. Banyak persoalan yang bermain di fikirannya. Aqilah terus menyambung langkahnya.
"Siapa yang masak sebenarnya?" Soal Aqilah kepada dirinya sendiri.
"Your future husband."
Dia menoleh ke arah Tengku Hazziq yang berada di sinki. Kening dikerutkan. Hampir saja dirinya pengsan akibat terkejut.
Takdelah pengsan mana, terkejut biasa-biasa je. Aqilah ni hah berlakon buat drama lebih. Cis!Dia beralih memandang satu-persatu makanan yang terhidang di depan matanya. Semuanya nampak macam sedap.
Betul ke Tengku Hazziq yang masak? Dia langsung tidak percaya dengan apa yang berada di matanya.
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romance⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...