"Rindunya dengan rumah ni."
Shaza sangat teruja apabila dia dapat melihat kembali banglo yang ditunjukkan oleh Luqman semasa dia baru bekerja di syarikat lelaki itu.
"Sayang, bilik kita tu sayang dah tahu kan?" tanya Luqman.
Shaza mengangguk laju sambil memandang reka bentuk rumah itu lagi. Dia terlalu rindukan rumah itu. Kata-kata lelaki itu buat kali pertama dia jejak ke rumah ini membuatkannya bahagia.
"Banglo baru saya. Selama ni saya duduk dengan family but nanti, saya akan duduk di dalam banglo ni bersama-sama dengan awak."
Meja yang sudah di kemas dan bersih itu tampak berkilat. Cantik sangat. Hari tu, takde pula dia nampak meja ni kat sini. Mungkin sudah ditambah.
"Sayang suka?"
Shaza mengangguk. "Suka sangat."
Luqman mengukirkan senyuman. Shaza suka, dia juga gembira mendengarnya. Beg bagasi dibawanya terus ke atas.
"Abang nak pergi mana? Bukan ke tangga kat sana?" tanya Shaza sebaik saja dia melihat Luqman melangkah dari arah yang berlainan.
"Guna lif sayang. Abang malas lah naik bawa beg ni. Berat sangat," jawab Luqman.
Shaza mengerutkan dahinya. Rumah ni ada lif? Kenapa dia tak tahu pun?
"Sejak bila pulak rumah ni ada lif?" tanya Shaza.
"Dah lama lah jugak cuma sayang je tak tahu but nanti lah abang cerita, abang nak rehat. Sayang buat lah hias ke apa ke, yang sayang nak kat rumah ni," balas Luqman sebelum dia meneruskan langkah menuju ke arah lif.
Shaza hanya berdiri tegak. Oh ye ke? Dia kembali meneroka banglo besar ini. Dia tak tahu pulak bahawa rumah ni besar sangat.
Setahu dia, besar rumah ni hanya sederhana.
Matanya beralih pada satu meja yang disusun kemas. Warna meja itu putih dan direka dengan kayu yang kukuh.
Shaza menghampiri meja itu dengan perasaan ingin tahu. Kenapa meja cantik ada di sini? Bukan kah selalunya meja seperti ini ada di ruangan dapur?
"Sayang !"
Bahu Shaza terhinjut. Dia menoleh memandang Luqman yang berjalan menuju ke arahnya itu.
"Kenapa?" tanya Shaza.
"Nothing. Cuma rindu sangat." Luqman merangkul pinggang isterinya lalu mencium dahi Shaza dengan lembut.
"Ih abang ni." Shaza membalas pelukan suaminya.
"Abang, nak tanya boleh?"
Luqman mengerutkan dahinya. "Tanya jelah. Kenapa perlu minta izin? Nak duit? Nak kereta baru? Nak apa? Abang boleh bagi," kata nya.
Shaza melepaskan pelukannya. Dia terus menunjuk meja yang menjadi perhatiannya tadi. Luqman juga terus memandang sesuatu yang ditunjukkan oleh Shaza.
"Meja tu kenapa ada kat sini? Kenapa tak letak kat dapur?" tanya Shaza.
"Oh entahlah. Abang pun tak tahu sebab jarang abang balik sini. Kalau balik pun, check tempat penting je. Mungkin orang yang kemas ni lupa letak kot," jawab Luqman dengan jujur.
Shaza mengangguk faham. Dia menatap balik wajah suaminya itu.
"Hari ni abang nak makan apa? Saya nak masak sebab dah masuk petang ni," soal Shaza sambil mengerling sekilas ke arah jam.
"Tak payah masak."
"Huh? Kenapa?" tanya Shaza.
"Sebab abang nak makan sayang. Rawr ! Abang ngap sayang ni !" Luqman tersenyum nakal.
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romansa⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...