Pintu kereta dibuka. Aqilah hanya mengikuti langkah Tengku Hazziq saja. Kalau tak ikut, nanti jejak lelaki itu akan hilang.
"Siapa yang sakit?" tanya Aqilah dengan nada berbisik.
"Shaza," jawab Tengku Hazziq sepatah.
Aqilah mendiamkan diri. Oooooo patutlah Tengku Hazziq ni risau, ex crush dia sakit rupa-rupanya. Perlu sangat ke terlalu risau? Cukup sedikit tu bolehlah. Ni, rupa wajah pun macam sedang mati bini.
Tak nampak ke hati dan perasaan bakal isteri kat sini?
Oleh kerana Shaza sakit, Aqilah terpaksa menahan sabar daripada luah kepada Tengku Hazziq. Lagipun ini hospital, memang tidak boleh bergaduh.
Khairul dan Encik Shariff masuk ke dalam hospital itu dengan diikuti oleh Tengku Hazziq dan Aqilah. Lif yang kosong, mereka tujui.
Apabila Khairul menekan butang nombor 3, pintu lif itupun terbuka. Lantas saja Khairul dan mereka yang di belakang mengikuti masuk ke dalam lif itu juga.
"Emm tu siapa?" tanya Khairul sekadar ingin tahu.
Tengku Hazziq menoleh ke arah Aqilah yang memberikan senyuman kepada Khairul. Kalau tak senyum, nanti dikatakan sombong.
"Aqilah. Bakal isteri abang."
Fuh dah cari pengganti ek? Khairul hanya mengangguk dan tersenyum. Senang sikit hatinya kalau dua-dua sudah ada pasangan.
"Baguslah kalau abang Tengku Hazziq dah cari pengganti baru." Aqilah tidak berasa selesa apabila Khairul berkata begitu. Dia merasakan seolah-olah dia hanya orang ganti.
Ganti.
"Hmm, Shaza dah makin sihat kan? Bila dia discharge?" Tengku Hazziq menukar topik.
Entah kenapa dia terasa janggal apabila berbicara tentang hubungan mereka kepada Khairul. Dia tahu Aqilah penting baginya tapi, tidak penting jika Khairul tahu segalanya.
Aqilah juga sedar hal itu. Hatinya mula retak apabila Tengku Hazziq menukar topik tentang mereka. Kenapa tidak berterus-terang saja pasal perkahwinan mereka nanti?
Eyyh geram.
"Alhamdulillah sihat. Tak tahu lah bila, saya pun tak tahu sangat," jawab Khairul.
Tengku Hazziq mengangguk. Pandangannya beralih pada Encik Shariff yang hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu untuk menyampuk urusan anak-anak muda.
"Assalamualaikum pakcik, pakcik sihat?" tegur Tengku Hazziq.
Encik Sharrif menoleh ke arah Tengku Hazziq. Senyuman diukir walaupun agak ketara.
"Waalaikumussalam, sihat. Kamu pulak?"
"Sihat je." Senyuman manis diberikan kepada Encik Shariff.
Walaupun orang tua itu sudah memilih Luqman menjadi menantunya, Tengku Hazziq hanya hormat saja keputusan orang tua itu.
シ︎
Jaket hitam diambil. Sejak polis tahu tentang dirinya, dia terpaksa berhati-hati dengan kawasan luar. Dia dan Ariana mengakui, ini semua salah Reen.
Lah Reen juga disalahkannya.
"Weh Ariana, nanti aq datang balik."
Ariana hanya duduk termenung di tingkap yang penuh dengan habuk. Kata-kata Atiqah yang menyapa di telinganya hanya didengari saja.
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romantizm⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...