"Dia tu siapa?"
"Aryan," jawab Luqman.
Shaza mengeluh. Matanya memandang wajah Luqman sekali lagi. Soalan yang serius dan tepat.
"Saya tanya dia tu siapa bagi awak?"
"Adik lelaki," jawab Luqman.
Shaza mengangguk faham. Ha, kan senang je bagitahu. Tak payahlah bergaduh panjang nak kecoh pasal pertanyaan.
"Kat mana dia sekarang?" tanya Shaza.
"Dah meninggal." Jawapan itu membuatkan Shaza tersentak. Dia memandang wajah Luqman yang muram itu. Dia tak patut tanya tentang itu.
"Maaflah. Saya cuma nak tahu je," ujar Shaza.
"Takpe. Lagipun awak berhak tahu," balas Luqman.
Dia masih berdiri tegak di depan Shaza. Tangannya menggenggam erat gambar itu. Ingin saja dia memeluknya tapi cuma halusinasi dan dia perlu kawal emosinya sekarang.
"Maaf nak tanya, accident or what?"
Luqman memandang fokus anak mata Shaza. Shaza berhak tahu kerana mungkin Shaza juga akan menjadi sebahagian daripada hidupnya. Yakinnya Luqman.
"Awak nak tahu kan kenapa saya dan Maira ada D.I.D?" tanya Luqman. Shaza terus mengangguk laju.
Shaza juga mempunyai rasa ingin tahu tentang keluarga Luqman. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia mahu mengenali Luqman dengan lebih dalam.
"Sebab dia dan puncanya ialah saya."
Shaza terkedu. Puncanya ialah Luqman?
"Maksud awak?" tanya Shaza.
Luqman memejamkan matanya untuk beberapa saat. Dia kena ceritakan juga.
"Waktu umur 5 tahun, saya, Maira dengan dia rapat sangat. Suatu hari tu kitorang main dekat playground pastu bila nak balik, saya dan Maira nak makan aiskrim kat seberang jalan sana. Saya sepatutnya abang so saya kena berani tapi sebaliknya masa tu adik saya yang lebih mature. Kitorang suruh dia belikan sebab saya dan Maira tengah main, dia tak."
"Then dia setuju dengan permintaan kitorang sebab kitorang merajuk dan marah dengan dia. Time melintas tu ada sebuah kereta ni pergi langgar dia. Masa dah terlambat. Kepala saya rasa pening sampai nangis dan saya sempat menoleh ke arah Maira dan dia pengsan. Kepala saya pula rasa sakit sangat dan akhirnya semua gelap."
Shaza juga berasa tersentuh apabila mendengar cerita Luqman. Orang yang kita paling rapat sudah pergi jauh.
"Sayalah puncanya...hiks kalau saya yang pergi beli tu, hiks mungkin tak jadi benda macam ni hiks..hiks..semua salah saya hikss hiks.."
Lidah Shaza terkelu Dia terus mendekati Luqman apabila mendengar tangisan Luqman itu. Tidak pernah sekali Luqman menangis di depan gadis itu.
"Shhh..awak janganlah menangis. Dah nama pun ajal, awak tak boleh nak tukarkan." Shaza memujuk Luqman.
Buruk benar muka Luqman kalau menangis. Nak ketawa tapi tak jadi apabila tengok Luqman menangis macam ni. Haih redha jelah tak jadi nak ketawa.
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romance⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...