Shaza yang sedang menatap telefonnya itu dikerling lama. Rasanya, ini masa yang sesuai untuk dia luahkan semuanya.
"Sayang."
Shaza menoleh. "Ye?" tanya nya.
Luqman mengeluh kecil sebelum memulakan perbualannya. Shaza hanya memandang lelaki itu dengan tanda tanya.
"Tadi mak cakap dia nak cucu." Dengar saja perkataan itu, Shaza terus terdiam. Lidahnya kelu dan tak tahu nak cakap apa.
"Saya belum bersedia lah. Tapi kalau abang na–"
"No. Abang takkan paksa sayang kalau sayang tak bersedia," bantah Luqman.
"Hmm saya nak minta maaf." Shaza menundukkan kepalanya.
Luqman mengeluh panjang. Dia rasa bersalah kerana memaksa Shaza sedangkan baru semalam mereka diijabkabulkan.
"Sayang, abang yang patut minta maaf. Kita kan baru semalam sah tapi abang paksa dan selalu sebut pasal ni," ujar Luqman.
Shaza mendongak. Dia terus memeluk Luqman. Wajahnya disorokkan ke dada lelaki itu. Jujur dia katakan, dia selesa jika di dalam dakapan Luqman.
"Kita lupakan hal ni, okey? Nanti saya fikir benda ni. Saya minta maaf sekali lagi dan tak nak jadi isteri derhaka," luah Shaza.
Luqman tersenyum tipis. "Sayang takkan jadi isteri derhaka sebab sayang kan baik, dengar cakap dan yang penting, abang cintakan sayang. Abang janji dalam masa terdekat ni, tak tanya lagi dah hal tu. You're my happiness, I'm sorry too." Lelaki itu membalas pelukan isterinya.
Shaza tergelak kecil. Seronok rasanya dipeluk sebegini. Rasa macam diri ni kecik je, senang orang peluk.
"Sayang tidur jelah. Tak payah fikir pasal ni, okey? Goodnight." Luqman mengusap lembut kepala gadis itu sebelum mengucup pipi Shaza.
Dia terus baring dan memejamkan matanya. Shaza yang tidak berganjak itu hanya mengangguk perlahan. Dia juga tak boleh menolak tapi Luqman kata kalau dia belum bersedia, maksudnya tak boleh setuju.
"I'm sorry."
Luqman yang mendengar itu hanya tersenyum tipis. Biarlah isteri dia mengambil masa untuk menerima pelawaan dia.
シ︎
Cermin mata hitam ditanggalkan. Bibirnya mengukir senyuman tipis. Tinggal beberapa hari lagi sebelum dia tamatkan semuanya.
"Abang." Wajahnya ditoleh ke belakang.
"Ariana tak sabar nak tamatkan semua ini. Ariana cuma harapkan abang sorang je ni," ujar Ariana dengan teruja.
Arrauf tersenyum kecil. "Don't worry, abang tahu apa yang abang buat. Sekarang ni, kau jangan ke mana-mana sebab polis sini hampir kenal identiti kau, faham?" kata Arrauf dengan tegas.
Ariana mengangguk lemah.
"Ye Ariana tahu."
Atiqah yang sedang ketawa dengan anak-anak buah Arrauf itu dipandang dengan jengkel. Ariana menjulingkan matanya ke atas apabila melihat Atiqah acah-acah gedik dan ayu.
"Oi, kau jangan menggedik boleh tak? Pakailah cermin mata kau tu. Nanti orang kenal kita, mati nanti !" Ariana memberikan amaran.
Atiqah mencebik bibir. Dia terus memakai cermin mata hitam itu dan menyambung semula berbual dengan jejaka-jejaka hensem itu.
"Jom Ariana, abang bawa kau ke markas abang." Arrauf memakai kembali cermin mata hitam itu.
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Roman d'amour⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...