88

763 34 7
                                    

Kedengaran rintihan seorang gadis yang menangis di dalam wad pesakit yang bernama Tengku Hazziq. Dari tadi tangisan itu berlagu pilu dan air mata yang keluar dari kelopak matanya tak berhenti jatuh.

Aqilah menangis sepuas hatinya. Tengku Hazziq tidak boleh meninggalkannya secepat mungkin. Mereka baru saja mencipta sebuah mahligai cinta yang dibina oleh mereka sendiri.

  "Haz, awak..hiks..tskk.. jangan tinggalkan..hiks. tskk...saya hiks..tsk.."

Aqilah memegang tangan Tengku Hazziq yang tidak bergerak itu. Hanya tunggu masa lagi, Tengku Hazziq akan diambil oleh-Nya.

  "Saya cintakan awak, Haz. Please jangan tinggalkan saya seorang kat sini." Aqilah masih menangis dan mengusap kepala Tengku Hazziq yang tidak sedarkan diri itu.

"Awak dah janji, awak takkan tinggalkan saya."

Shaza dan Luqman berasa sedih dan sayu apabila melihat Aqilah yang menangis dan mengharapkan bahawa Tengku Hazziq boleh hidup lagi.

Tapi semua itu takkan terjadi. Tiada yang mungkin manusia hidup kembali kecuali kuasa di tangan-Nya. Kalau takdir Tengku Hazziq hidup sampai di sini, sudah tiada penyelesaian selain redha dengan ketentuan-Nya.

   "Haz, awak kata awak nak jadi daddy kepada anak saya. Tapi kenapa awak pergi dulu?" Aqilah masih lagi menangis teresak-esak.

Shaza menghampirinya. Dia mengusap bahu gadis itu dengan lembut seolah-olah sedang memujuk Aqilah agar dia dapat menerima hakikat bahawa Tengku Hazziq sudah tidak ada lagi.

   "Aqilah, aku nak minta maaf sebab pasal ni. Kalau dia tak selamatkan aku, mungkin dia dah hidup sampai sekarang. Aku tak tahu macam mana dia boleh ada kat sana." Luqman sekali lagi berusaha meminta maaf dengan gadis itu.

Dirinya dihuni rasa bersalah kerana gara-garanya, Tengku Hazziq takkan berada di sini. Tengku Hazziq takkan jadi macam ni.

Aqilah menggeleng perlahan.

  "Tak, ni bukan salah kau. Aku tahu ni ketentuan Allah tapi aku rasa macam sekejap je hari aku bersama dengan dia," jawab Aqilah dengan tersendu-sedan.

Luqman dan Shaza terdiam. Mereka hanya mampu melihat Aqilah terseksa di hadapan Tengku Hazziq yang tidak bernyawa itu.

Memang tepat sangat peluru yang ditembak ke tengah-tengah dada lelaki itu. Arwah Arrauf, dia sangat pandai menembak.

Semua tembakannya sangat tembak. Kalau berlawan dengan Tengku Hazziq pun, kemungkinan dua orang itu seri kerana kedua-dua mereka itu mempunyai kehandalan.

"Haz.."

"Haz.."

"HAZ !"

"Aqilah, awak okey tak?"

Mata Aqilah terbuka. Dia meliar memandang sekeliling ruang yang dia sedang duduk ini. Kenapa tempat ni sangat asing baginya?

   "Aqilah?" tanya Shaza.

Shaza berdiri menghadap Aqilah yang masih tidak faham dengan situasi sekarang. Apakah ini semua mimpi?

Mimpi?

Aqilah tersentak. Dia pasti, ini hospital. Dia melilau mencari kelibat Tengku Hazziq tetapi tiada sesiapa pun yang dia kenali di sini kecuali Shaza.

"Shaza, Haz mana?" tanya Aqilah.

Shaza tersenyum kecil.

   "Ada, baru tadi dia sedar. Kata doktor, peluru dia tak dalam sangat dan alhamdulillah, dia dah okey sekarang ni. Awak boleh lah tengokkan dia sebab dia teringin sangat nak jumpa awak," jawab Shaza.

My Extraordinary Husband Where stories live. Discover now