"Betul ke?" tanya Tengku Hazziq. Dia inginkan kepastian dari Aqilah sekali lagi.
Aqilah mengangguk. Kali ni, dia betul-betul bersetuju akan kahwin dengan Tengku Hazziq. Semua persediaan dulu, akan dia aturkan semuanya.
"Ya. Saya betul-betul nak kahwin dengan awak. Saya tak kisah awak mafia. Lagipun identiti awak tak diketahui orang kan ? Awak okey ke kalau kahwin dengan saya?" Wajah tampan Tengku Hazziq menghiasi pemandangannya.
Dia terlalu rindukan wajah itu. Dua-dua cinta, dua-dua suka tapi keadaan dan kebenaran menghalang mereka daripada bersama.
Tetapi sekarang ini, mereka inginkan kembali kebahagiaan mereka. Pasti, kali ini akan mereka kukuhkan lagi cinta dengan cara yang halal.
Tengku Hazziq mengangguk. "I nak you je. Tapi persediaan kahwin kita haritu, semuanya macam mana? Boleh ke kita tarik balik pembatalan tu?" tanyanya.
"Boleh kot sebab kebanyakkan dari pihak mommy. Mommy yang uruskan semuanya. Jangan risau, mommy faham apa yang kita lalui," jawab Aqilah.
"Tapi I takut kalau dia tak percaya lagi sebab I dah pernah musnahkan kepercayaan yang diberikan. I nak minta maaf tapi keadaan I macam ni, susah sangat nak buat," ujar Tengku Hazziq.
Aqilah terdiam. Dia ada rancangan tapi nak ke kalau Hara berikan Tengku Hazziq peluang buat kali kedua ? Eh ketiga ? Eh berapa ek ? Tak ingat lah hamud !
"Nanti saya ajak diorang datang sini lawat awak. Takpe kan? Waktu tu, awak boleh jelaskan semuanya. Saya tahu agak susah dan perit tapi tak salahkan kalau mencuba?" Aqilah berharap.
"Tak salah dan I lagi suka tapi I cuma takut kalau diorang tak boleh terima kenyataan. Lebih-lebih lagi hanya you sorang je anak diorang." Tengku Hazziq bermain dengan jarinya.
Hatinya rasa gemuruh dan risau kalau bercakap tentang keluarga Aqilah kerana dia sendiri yang memusnahkan segala kepercayaan yang dia dapatkan dari mereka.
Aqilah memandang sepi gerak-geri Tengku Hazziq yang sedang bermain dengan jarinya. Nampak comel. Elelele shibal kau.
"Takpe. Nanti saya bincang dengan diorang. Sekarang ni, awak tak sihat sangat. Awak dah makan?" Aqilah menukar topik.
Dia tak nak Tengku Hazziq risau memikirkan pasal mereka. Ini ada kaitan dengan hidup masa depan yang terjamin !
"Lapar tapi I nak you suapkan." Tengku Hazziq merengek kecil.
Sengaja bibir dimuncungkan ke depan. Biar Aqilah tahu, dia perlukan perhatian gadis itu sewaktu dia sedang sakit sekarang ini.
Ceh, luka kecil pun nak kecoh.
"Mengada." Bekal yang berada di atas meja terus diambilnya.
Aqilah mencari di mana sudu untuk dimakan. "Haz, sudu mana? Macam mana nak makan nasi ni?" tanya Aqilah.
Tengku Hazziq menjongketkan bahunya. "Mana I tahu. Diorang yang belikan. Nasib bukan bubur. Kalau tak, susah lah."
Aqilah mencekak pinggangnya. "Oh habistu, tak guna sudu ni tak susah lah ? Saya nak suapkan awak guna apa kalau takde sudu?"
Tengku Hazziq tersenyum tanpa menjawab. Dia ralit memandang Aqilah yang sedang berdiri bercekak pinggang seperti mak-mak sedang marahkan anaknya.
"Ish cakap dengan awak macam cakap dengan hantu. Saya keluar dulu nak cari sudu— eh—"
Tangannya ditahan oleh Tengku Hazziq. Badannya bergerak menghadap Tengku Hazziq. Wajahnya dikerutkan lagi.
"Why ?"
"Tak payah cari sudu. Suapkan guna tangan je. You basuhlah tangan kat tandas tu. Tak jauh mana pun tandas bilik VVIP ni," ujar Tengku Hazziq.
Jarinya ditunjukkan ke arah tandas yang tidak jauh dari katil lelaki itu. Dia mahukan perhatian sepenuhnya dari Aqilah.
"Eleh. Suap guna tangan konon. Ni mesti awak sorokkan sudu kan ? Bagitahu saya, mana sudu yang awak sorok?" Pantas saja Tengku Hazziq menggeleng kepala.
Apa lah Aqilah ni. Suka main tuduh dan fitnah orang ! Tak baik tahu tak ? Nasib cantik. Ceh.
"Bukan. Sumpah, I tak sorokkan sudu. Alah, apa salahnya kalau you suapkan ? I dah berus gigi tau. Geli buat apa? Nanti jadi isteri I jugak, kan ? Kalau cium tu, senang lah. Tak payah nak geli bagai. Kan?" Tengku Hazziq seloroh.
Ingin saja Aqilah mengetuk kepala lelaki itu biar otak senget tu sentiasa jadi waras. Belum kahwin lagi dah cakap pasal cium.
Mende.
"Ke situ awak ek? Gatal nak mampus. Fine, saya suapkan awak. Kejap ye, saya nak basuh tangan." Aqilah meminta diri untuk pergi ke dalam tandas.
"Yeay ! Basuh tangan cepat-cepat tau. I dah lapar sangat ni," kata Tengku Hazziq dengan teruja.
Macam budak-budak. Aku yang tulis ni pun rasa macam haish, tak kenal. Gais sa tak kenal budak ni.
*pura² tak tahu.
"Teruja betul awak kan ? Sabar kejap." Aqilah mendekati pintu tandas itu.
Tombol dipulas dengan perlahan. Tengku Hazziq yang memandangnya dari belakang yang tersengih-sengih.
"Siapa je tak teruja kalau orang yang kita cinta buat sweet kat kita ? Saya suka saya suka !" Tengku Hazziq sengaja berkata begitu dengan nada yang sama seperti Mei Mei Upin & Ipin.
シ︎
Beg bagasi yang berhabuk itu terus disepak dengan kuat. Geram betul. Habis semua barang di sini jadi mangsa.
"Sial lah ! Kalau aku jumpa Reen, aku seksa dia sebelum bunuh," ujar Ariana.
Atiqah yang dari tadi termenung hanya membiarkan gadis itu melepaskan kemarahannya. Entah bila, dia dapat bebas seperti selalu.
Kalau macam ni, susah sikit dia nak keluar. Nak hendap Doktor Allee Nik Fawwad pun tak boleh. Melepas betul !
"Kau yakin ke, semua salah Reen ? Sejak ni, aku tak tengok pun dia. Stalk family Luqman pun, takde pulak diri dia." Jawapan dari Atiqah membuatkan Ariana terdiam.
"Mana kau tahu?" tanya Ariana.
"Aku rasa sebab selama ni, takde pun muncul batang hidung dia. Entah-entah dia dah masuk penjara kot. Pastu dia bagitahu semuanya sebab kita pun berpakat sekali. Tak ke gituw?"
"Bodoh ! Kalau dia kena penjara, tak payahlah sebut nama kita. Tengok ni ! Aku nak buat kerja pun payah nak mati. Arghh!" Ariana menarik rambutnya biar kelihatan kusut.
Kemarahan dia sudah menjadi kebiasaannya setiap hari. Begitu juga dengan Atiqah. Semakin hari semakin susah dia nak kejar dan dapatkan Allee.
"Aku nak keluar. Nak jumpa Doktor Nik," pamit Atiqah.
Ariana hanya memandang beg bagasi tadi dengan dingin sekali. Kata-kata dari Atiqah langsung dia tidak peduli.
Dia cuma mahu fikirkan rancangan seterusnya. Kini dendamnya terhadap keluarga Hayyan semakin meningkat.
"Hayyan, Khaira, Maira, Luqman, Shaza, Shariff, Khairul, Reen." Satu-persatu nama yang dia sangat benci disebut dengan perlahan.
"Aku takkan biarkan korang bahagia. Buat masa sekarang, nak kahwin, kahwin lah, korang. Tunggu masa je, aku akan musnahkan semuanya."
"Tak lama lagi, korang akan jumpa dengan Aryan."
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romance⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...