Prank!
Bunyi kaca pecah mengejutkan Shaza yang baru saja terlena di ruang tamu itu. Ada saja yang berlaku di dalam rumah ini kalau Khairul yang melakukan kerja di dapur.
Takde orang lain !
Dia kenal sangat perangai adik pungut dia tu. Ada saja masalah lelaki itu lakukan pada pinggan, mangkuk, cawan...
Ha semuanya lah.
"Apa bising-bising ni ? Takde ker—" Percakapan Shaza terhenti apabila sekujur tubuh badan yang dia kenali berdiri di sebelah kanan Khairul.
"Maira ?"
Maira tersengih. Riak wajah Khairul bertukar gelisah apabila mata Shaza beralih memandangnya. Shaza perlukan penjelasan.
"Hai Kak Sha. Maira datang sini nak tolong Khai masak sementara tunggu Kak Sha sihat. Lagipun kitorang tak buat apa-apa pun," ujar Maira untuk mengelakkan salah faham.
"Ayah ada bukti kitorang tak buat apa-apa," sambung Khairul pula.
Shaza tidak mengangguk. Tidak juga menggeleng. Dia hanya mendiamkan diri sambil mendengar anak muda itu menjawab salah faham yang akan terjadi.
"Ayah mana?" tanya Shaza.
"Dia kat dalam bilik. Lepas kitorang masak, baru panggil dia datang sini, makan sama," jawab Khairul.
Kepala Shaza mengangguk faham. Kalau ada dia dalam rumah ini, okey sikit. Tak lah berdua-duaan di dapur.
Ayah pula di dalam bilik, memang lain lah jadinya.
"Okey, thank you Maira sebab datang. Akak nak pergi ruang tamu kejap. Buat kerja tu esok sikit, jangan musnahkan barang." Terus saja Shaza pergi meninggalkan ruang dapur itu.
Kakinya yang sakit itu menyebabkan dia terpaksa naik atas kerusi roda ini. Dah macam orang cacat sedangkan hanya sakit kaki je pun.
Semua salah Luqman.
"Welcome Kak. Maira takkan pecahkan barang lagi !" Balas Maira dengan terujanya.
Beria.
シ︎
"Wait, Waira !"
Aqilah terus melajukan langkahnya apabila Tengku Hazziq tidak berputus-asa mengejarnya.
"Balik Haz. Saya tak suka awak sentuh-sentuh saya tanpa izin saya. Kita bincang hal ini nanti !" Jerit Aqilah sejurus selepas masuk ke dalam kereta itu.
Siap berkunci lagi. Dia cuma takut kalau Tengku Hazziq membuat tindakan dan keputusan yang gila serta tidak masuk akal.
Tok! Tok!
Cermin kereta diketuk oleh Tengku Hazziq. Dia tidak mengalah meminta peluang penjelasan dari Aqilah. Dia cuma mahukan kemaafan gadis itu.
"I nak you maafkan I je pun. Waira, buka pintu ni. Tolong maafkan I." Cermin kereta diketuk lagi.
Perbuatan itu merimaskan Aqilah. Ingin saja gadis itu mengetuk kepala Tengku Hazziq. Kalau tak ketuk, lempang.
Itu je mampu.
Tanpa membuang masa, Aqilah terus menghidupkan enjin kereta. Dia tidak mahu mendengar apa-apa pun penjelasan yang keluar dari mulut Tengku Hazziq.
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romance⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...