Matanya memandang tepat pada satu fail yang membongkarkan semuanya. Sekarang baru dia tahu, apa masalah sekarang ini.
Arrauf mengeluh panjang. Dia sangat serabut sekarang selepas tahu apa rahsia yang disorokkkan oleh mereka.
"Aimin."
Lelaki yang bernama Aimin itu terus mendekati Arrauf yang sedang duduk menghadap fail pentingnya. Keluhannya dapat didengari oleh semua anak buahnya yang berada di dalam bilik ini.
"Ye boss?"
"Sediakan private jet dan kita akan gerak ke Malaysia nanti. Minggu ni ada majlis perkahwinan kawan aku dan tolong, aku nak tamatkan semua ini," kata Arrauf.
Semua di situ terus tergamam. Nak tamatkan semuanya?
"Tapi boss, boss yakin ke dengan semua ni?" tanya Aimin.
Arrauf mengangguk perlahan.
"Aku dah penat dengan semua ni. Aku nak hapuskan semuanya dan Badrul, korang percayakan dia kan?"
Semua di situ memandang ke arah Badrul. Lelaki itu hanya menundukkan kepalanya. Baru semalam Arrauf sudah memberitahu sesuatu kepadanya.
"Ya, kitorang sangat kagum dan percaya dengan dia," jawab Aimin.
Yang lain hanya mengangguk setuju. Arrauf terdiam. Dia sudah menghabiskan sisa hidupnya dengan perkara ni.
"Pasal Ariana, aku akan bawa dia kat majlis tu. Sekarang ni, dia masih rehat bukan? Korang sudah hapuskan jejak aku kat Malaysia semalam?"
Aimin mengangguk laju.
"Bagus, sekarang ni tujuan kita cuma satu. Majlis perkahwinan Nuwairah Aqilah. Bawa Ariana dan aku akan tamatkan semua ini," kata Arrauf dengan tegas dan dingin.
Semua terdiam. Mereka tidak boleh katakan apa-apa lagi kalau itu keputusan Arrauf.
'Aku akan balik tak lama lagi.' getus hatinya.
"Semua bersurai, jangan ganggu aku sekarang ni," arah Arrauf sambil jarinya sedang mengetuk mejanya mengikuti irama lagu yang bermain di mindanya.
Aimin mengangguk faham.
Matanya memandang ke semua anak-anak buahnya yang berada di dalam bilik itu. Dengan faham apa yang berlaku, semua di situ terus keluar dan diakhiri dengan Badrul.
"Terima kasih, kawan," ucap Badrul sebelum melangkah pergi meninggalkan Arrauf keseorangan.
Bibir lelaki itu mengukir senyuman tipis. Hanya dia seorang saja yang tahu apa yang dia rasakan sekarang ini.
Semua sudah terbongkar.
シ︎
Kakinya melangkah laju menuju ke ruang patung besar. Hatinya melonjak gembira dan teruja bila orang yang dia sayang membawa dia ke tempat sebegini.
"Wah ! Comelnya beruang ni. Mommy selalu tak bagi saya beli banyak-banyak sebab katanya terlalu perempuan sangat," luah Aqilah.
Tengku Hazziq yang berpeluk tubuh itu hanya memerhati saja gerak-geri Aqilah. Dia tersenyum puas apabila Aqilah gembira di tempat ini.
"I beli untuk you. You boleh pilih sebanyak mana you nak dan I belanja. Pasal mommy you tu nanti I bagitahu dia slow-slow," jawab Tengku Hazziq.
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romance⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...