"Kembar aku pun takde lah pemalas macam kau," ujar Reen.
"Tapi takdirnya, memang kita kembar."
Reen hanya mencebik. Dia duduk di tempat kerusi Luqman. Luqman hanya membiarkannya lalu menuju ke arah almari tadi.
Fail yang berwarna merah yang berada di atas meja itu dipandang oleh Reen. Dia menoleh ke arah Luqman yang sedang mencari-cari sesuatu.
Lantas satu senyuman terbit di bibir Reen. Perlahan dia membuka fail tersebut dan membaca maklumat apa yang ada didalam fail itu.
"Shaza Zahirah?" Kening Reen berkerut.
Nama perempuan mana pula ni? Kenapa Luqman hanya cari maklumat perempuan itu? Siapa perempuan itu bagi Luqman?
"Weh jangan bukalah, bongok!" Luqman terus merampas fail itu apabila memandang ke arah Reen.
Reen menjuihkan bibirnya. Ada awek tak nak bagitahu.
"Siapa perempuan tu? Girlfriend ek?" Soal Reen.
Luqman hanya diam. Dia menyimpan fail tersebut ke dalam laci meja yang berkunci. Kunci itu lalu dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
"Macamlah aku nak curi kunci tu," rungut Reen.
Tok tok!
Luqman menoleh ke arah pintu yang tertutup itu.
"Siapa tu?" tanya Luqman.
"Shaza, bos."
Kening Reen terangkat. Bibirnya menguntum senyuman. Luqman terus membuka pintu tersebut. Selalunya, pekerja yang masuk, kali ni, bos yang tolong buka?
Shaza terus masuk tapi langkahnya terhenti apabila dia melihat seorang perempuan yang cantik duduk di atas kerusi Luqman.
"Awak nak bagi apa?" Luqman yang perasan dengan pandangan Shaza itu terus bertanya.
"Saya nak hantar fail ni je." Shaza menghulurkan beberapa fail yang berada di tangannya.
Luqman menyambut huluran Shaza. Dia menoleh sekilas ke arah Reen yang memandang dia dengan Shaza. Dia takut kalau Reen buat perangai yang tak masuk akal.
"Tunggu!"
Luqman dan Shaza menoleh ke arah Reen. Reen berdiri dan mendekati mereka. Perlahan dia berjalan sambil memandang Shaza antara atas ke bawah. Wajah Shaza tertunduk.
'Perempuan ni awek Encik Luqman ke?' getus hati Shaza.
"Hai, I'm Reen Hellena." Reen menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan kekasih Luqman.
Kekasih? Itu hanya tanggapan Reen tapi tidak bagi Luqman. Nampaknya Reen sudah salah faham teruk ni.
"Shaza Zahirah." Shaza menyambut salam dengan tangan yang bergetar.
Dia takut menghadap wajah dingin Reen itu. Dan, dia takut juga jika perempuan itu kekasih Luqman.
"Ohoi! Nice to meet my adik ipar!" Reen memeluk Shaza dengan tiba-tiba.
Shaza hampir saja menghidap penyakit jantung kerana terkejut dengan sergahan Reen. Kenapa? Eh apa? Adik ipar?
"Oh ni kakak Luqman ya?"Shaza bertanya dengan kekok selepas saja meleraikan pelukannya.
Luqman mengeluh. Datang lagi perangai gila kakak kembarnya itu. Tak habis-habis keluar perangai macam-macam.
"Yeah, panggil je Kak Reen." Reen mengukir senyuman.
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romance⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...