Pang!
Tamparan dari Shaza membuatkan matanya terpejam rapat. Terkejut anak mama. Bukan main lagi pedih sakit tamparan perempuan ni.
"I'm serious Luqman."
Mata terpejam tadi terus terbuka. Anak mata terus bertukar menjadi biru. Kepalanya menoleh memandang wajah Shaza dengan dingin. Shaza terus terdiam.
'Oh my..Aku lupa Luqman ada d.i.d.' desis hati Shaza.
Senyuman sinis diukir. Tangannya mula bergerak dan menuju ke pipi mulus Shaza. Dia mengusap pipi itu dengan lembut.
"Kau tampar aku?" Tangannya bermain dengan pipi gadis itu.
Shaza tidak dapat bergerak. Pipinya yang halal diharamkan oleh Luqman. Eh atau lebih tepat, Harris. Masih belum sah dan haram tapi Shaza tidak boleh melawan Harris.
"Aku tak kisah kau nak tampar aku cuma, what people give, you get back. Tapi bukan dengan tamparan tapi dengan..."
Perlahan wajah Harris mendekati wajah Shaza. Wajahnya bergerak menuju ke pipi gebu gadis itu. Deruan nafasnya dapat didengari oleh Shaza sendiri.
Tidak. Harris yang dingin tidak boleh menjadi gatal sebegini. Tolong selamatkan Shaza Zahirah binti Shariff, anak perempuan sulung Shariff dan kakak kepada Khairul Hafiz bin Shariff.
Oleh itu, kita sedekahkan Al-Fatihah.
Cup!
Maka dosa pun tercatat. Mata Shaza terpejam. Dia tidak boleh kawal Harris. Kakinya langsung tidak bergerak, apatah lagi mahu mengelak daripada ciuman Harris.
Apa ni, pipi dah tercemar gara-gara tunang sendiri. Mana Shaza yang garang tadi? Ingatkan Harris nak tampar balik padahal cari kesempatan dalam kesempitan.
"So sama-sama adil, sayang."
Terus saja anak mata berwarna biru bertukar menjadi warna hazel coklat. Shaza yang melihat perubahan itu terus mencebik.
Matanya mula mengalirkan air mata. Bibir dicebik dan rengekan kecil dari Shaza membuatkan bilik pejabat itu jadi bergema.
"Hei hei? Kenapa ni? Kenapa awak menangis?" Soal Luqman.
Dia tidak tahu nak buat apa. Kalau menyeka air mata Shaza, haramlah jawapannya. Mahu pujuk macam mana lagi ye?
"Hiks..hiks..tadi Harris..."
Kening Luqman berkerut. Bila masa Harris timbul? Kenapa dia tidak sedar dan tidak dengar? Selalunya personaliti mereka disedari oleh mereka semua. Tapi sekarang? Luqman kena buat pemeriksaan kesihatan.
"Yes? Kenapa dengan Harris? Dia buat apa dekat awak?" tanya Luqman lagi.
Tamparan Shaza tadi tidak akan dibahaskan lagi kerana memang itu salahnya sendiri merepek. Takpe, awal bagi persediaan kena tampar oleh bakal isteri.
"Hiks..dia..Harris..hiks dia cium..hiks pipi saya," jawab Shaza.
Rengekan kecil mula menjadi nyaring. Shaza tersendu-sedan menahan tangisannya agar tidak didengari oleh pekerja-pekerja.
Luqman tersentak. Apa? Harris sentuh dia? Tapi bibir dia juga yang kena cantum. Lantas tangannya menyentuh bibir yang pernah sentuh pipi Shaza.
Alamak dosa.
"Saya minta maaf." Luqman meminta maaf kepada Shaza.
Kalau Harris? Sedangkan diri dia tu lah yang Harris. Tapi kenapa perasaan mereka berbeza dan berubah? Dan juga peristiwa yang berlaku kepada mereka sendiri, tidak dapat mereka sedari.
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romance⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...