"What?"
Tengku Hazziq dan Atiqah menoleh memandang Aqilah yang masih tercengang dengan ayat tadi. Terus saja Tengku Hazziq berdecit.
Bodoh punya perempuan.
"Oh you suami orang ek? Okey takpelah tapi sebelum tu..."
Atiqah mendekati mereka berdua seakan mahu membisik sesuatu. Aqilah masih berkerut kening memandang Tengku Hazziq dan Atiqah.
"Sedangkan orang lain boleh bercerai, apatah lagi you. See ya !"
Kaki Atiqah dihayunkan menuju ke arah kedai lain. Aqilah mencebik. Hilang rasa mood nak cari barang dapur gara-gara bertembung dengan perempuan entah dari mana pun tak tahu.
"You kenapa tercengang? I cakap macam tu tadi supaya dia tak ngorat I. I tahu I punya title suami untuk isteri I nanti tapi bukan dengan perempuan gedik tu," tegur Tengku Hazziq.
Tangannya mencekak pinggang memandang Aqilah yang blur dengan keadaan. Masih bangang pula minah sengal ni.
"Lah, cakaplah macam tu. Ni tak, tetiba je cakap awak suami saya," gumam Aqilah.
"Kalau I cakap yang I tipu, nanti dia nak ngorat I." Tengku Hazziq bertegas.
Mahu saja niat Tengku Hazziq menumbuk wajah Aqilah tapi disabarkan dan bawa bertenang. Geram dan terlalu menyakitkan hati.
"Oh awak kata title suami awak tu hanya untuk future wife awak, then awak cakap dengan perempuan tu yang awak ni suami saya sebab nak tipu perempuan tu?"
Tengku Hazziq mengangguk. Nasib faham apa yang dia cakapkan kepada perempuan sengal ni. Kalau tak, aku cempung dia bawa masuk bilik.
"Then..."
Aqilah berhenti menyambung ayatnya selepas menghadam ayat-ayat Tengku Hazziq tadi. Lantas dia menekup mulutnya di hadapan Tengku Hazziq.
"Maksud awak, saya future wife awak ke? Sebab tu awak kata yang saya ni suami awak?"
シ︎
Fail merah dihempas dengan kuat. Matanya fokus memandang wajah Luqman yang ketakutan itu. Cukup nampak bahawa dia sedang marah.
"Kenapa awak buat macam ni?" tanya Shaza.
Luqman mendiamkan diri. Nak bagitahu, nanti dia kena berjauhan dengan Shaza. Kalau tak bagitahu, nanti Shaza akan merajuk dan mula buat tindakan bodoh.
"Please Luqman. Saya cuma nak tahu kenapa awak buat semua ni?" Shaza bertanya lagi.
Geram dengan Luqman yang seperti patung ketakutan. Ada mulut, tak nak jawab. Dasar anak Hayyan.
"Kalau saya bagitahu awak, nanti awak tak nak dekat dengan saya lagi." Luqman berterus-terang kepada Shaza.
Shaza mengeluh.
"Haih, kenapa awak susah sangat ek nak bagitahu? Saya takkan jauh dengan awak so awak kena bagitahu kenapa awak buat semua ni?"
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romance⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...