Matanya mencelik. Shaza terus terpisat-pisat bangun dari tidur. Peristiwa malam tadi terus menerjah masuk di dalam mindanya.
Dia tersenyum-senyum bila teringat tentang hal itu. Selimut yang menutupi badannya diatur dengan kemas.
Dia menoleh memandang Luqman yang terlena di sebelah gadis itu. Jam dikerling sekilas menunjukkan pukul 7 pagi.
Shaza terus bingkas bangun dari katil. Belum sempat dia melangkah, lengannya ditahan oleh Luqman.
"Nak pergi mana?" tanya Luqman dengan suara yang serak.
"Mandi pastu nak masak lagi. Abang bangun lah cepat," jawab Shaza.
Lengannya masih digenggam erat oleh Luqman seakan tidak mahu dilepaskan. Shaza hanya terkebil-kebil memandang Luqman yang memejamkan matanya dengan rapat.
"Hmm. Sabar lah, masih awal ni." Luqman menarik lembut lengan gadis itu agar Shaza duduk kembali di atas katil.
Shaza hanya akur dan mengeluh panjang.
"Abang, saya masak lah. Nanti abang bangun, nak makan apa lah kalau saya tak masak?" Shaza menggoyangkan bahu lelaki itu.
"Emm tak nak. Abang nak makan sayang lagi. Tak puas lah semalam," balas Luqman dengan mata yang masih tertutup.
Shaza mencebik. "Tapi saya still sakit ni hah."
Shaza terus membaringkan badannya dia atas badan Luqman yang sedang berbaring di atas katil. Luqman tersenyum kecil bila tubuh kecil Shaza sedang naik ke atas badannya.
"Sorry pasal semalam. Sayang naik atas ni nak apa? Nak ulang balik peristiwa semalam? Hmm?" Mata Luqman mencelik.
Shaza yang baring di atas badan Luqman terus menyembamkan mukanya di dada lelaki yang tanpa berbaju itu.
Luqman memeluk erat pinggang Shaza sambil mengucup kepala isterinya dengan perasaan yang bahagia.
"Abang kasar sangat. Nasib saya masih hidup ni. Sakit sikit je ni." Shaza merengek kecil.
Jarinya bermain dengan leher Luqman yang mempunyai kesan gigitan cinta yang dibuatnya semalam.
"Sorry sangat-sangat. Tapi bau badan awak ni sedap lah. Tak tahan ni, kita ulang balik nak?" Luqman tersenyum herot sambil memandang Shaza yang sedang bermain dengan lehernya.
"Eee tak nak lah. Abang ni, kan saya cakap saya masih sakit ni," bantah Shaza.
"Alaaa sekali ni je. Kita cium je, nak? Your lips manis sangat. Rasa nak makan pastu telan masuk dalam perut. Hahahaha." Luqman berusaha untuk memujuk Shaza dengan lembut.
Shaza mencebik bibir. Sakit hatinya kerana Luqman masih tidak mahu berhenti menunjuk hawa nafsunya.
"Malas lah." Shaza menutup matanya sambil mendengar deruan nafas Luqman yang membuatkan nafsunya naik.
Bahaya benda ni.
"Sayang tak nak jadi isteri derhaka kan? Banyangkan kalau sayang tolak permintaan suami sedangkan perkara ini akan dapat pahala jika melakukannya." Luqman mengprovok gadis itu.
Terus terbuka mata Shaza lalu kepalanya mendongak memandang wajah Luqman yang tersenyum herot memandangnya.
"Eee suka lah tu !" Shaza kembali duduk di atas badan Luqman.
Dengan perasaan yang sabar dan menyampah dengan Luqman, dia terus mendekatkan wajahnya ke wajah Luqman.
Bibir mereka tercantum dan Shaza memuaskan nafsu bibir suaminya. Luqman sempat mengukir senyuman nakal sambil membalas ciuman dari Shaza.
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romance⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...