Beberapa tahun kemudian...
"One."
"Two."
"Three."
"Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to, Hudzai Shamien. Happy birthday to, you !"
Hudzai meniup lilin di atas kek hari jadinya. Api itu terus terpadam sekelip mata sahaja. Semua di situ terus menepuk-nepuk tangan.
Hudzai Shamien, 7 tahun, anak bongsu Shaza dan Luqman.
"Yeay, happy birthday Hud !" Seorang gadis yang berumur 6 tahun itu tersenyum manis sambil menepuk tangannya.
"Terima kasih." Hudzai membalas senyuman Nuha yang berada di sebelahnya itu.
Tengku Nuha Haziqah, 6 tahun, anak keempat Aqilah dan Tengku Hazziq.
"Okey anak-anak sekalian Sila buat barisan kalau nak makan kek." Tengku Hazziq mencari perhatian dari semua kanak-kanak yang berada di dalam banglo besar ini.
Apabila dengar saja perkataan kek, semua kanak-kanak terus berlari laju menuju ke arah Tengku Hazziq.
Mereka berbaris mengikut urutan siapa yang paling awal datang. Hudzai lah yang pertama kerana hari ni hari jadinya.
"Okey Hudzai. This is for you. Kalau nak lagi, minta dengan mama you sana." Tengku Hazziq menghulurkan sepinggan kek coklat kepada Hudzai.
Budak lelaki yang berumur 7 tahun itu hanya mengangguk faham. Dia menyambut pinggan itu lalu menuju ke arah meja yang besar dan di khas kan untuk kanak-kanak.
"Hai Hud."
Hudzai menoleh memandang Nuha yang sedang mengambil tempat duduk di sebelahnya. Gadis itu sempat mengucup pipi Hudzai sebelum menjamah kek tersebut.
"Mommy, kak Nuha cium pipi abang Hud." Seorang budak lelaki yang nampak semuanya itu terus mengadu kepada Aqilah.
Aqilah yang sedang berbual dengan Shaza dan Sarah itu terus menoleh memandang wajah Harraz yang mengadu tadi.
Tengku Harraz Nuwair, 6 tahun, anak kelima Aqilah dan Tengku Hazziq.
"Biar lah dia. Kakak kamu tu gedik sangat nak bercinta dengan abang Hud. Harraz tak nak cari girlfriend ke?" Aqilah melayan saja karenah anak-anaknya itu.
Harraz hanya mencebik. Ingatkan, kalau mengadu dengan ibunya, Kak Nuha kena marah. Tengku Hazziq pernah mengajarnya bahawa, jangan sentuh perempuan dan lelaki lain.
Tapi kenapa kak Nuha boleh cium pipi abang Hud ?
"Tapi daddy cakap, tak baik sentuh perempuan dan lelaki lain." Harraz mempertahankan dirinya.
Dia cuma anak yang patuh dengan perintah ibu bapanya tetapi kenapa ibunya hanya biarkan saja perlakuan kakaknya ?
"Tu kalau dah besar. Harraz kan masih kecil, boleh je sebab Harraz tak matang. Kalau dah besar, Harraz dah matang dan boleh fikir mana baik mana buruk, tu barulah mesti dengar cakap orang tua," Nufa mencelah memberikan jawapan kepada adiknya, Harraz.
Tengku Nufa Hazirah, 9 tahun, anak sulung atau pertama Aqilah dan Tengku Hazziq.
Harraz hanya mengangguk saja walaupun dia sebenarnya tidak faham. Dia memandang kek dan dicedoknya sedikit lalu di masukkan ke dalam mulut.
"Kek abang Hud sedap !" puji Harraz.
"Betul tu. Kek kak Nufa hari tu tak sedap. Kenapa kek abang Hud hari ni sedap? Siapa yang pilih hari tu?" tanya Haidar, menyokong pujian Harraz.
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romance⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...