74

266 38 7
                                    

"Thank you, Tengku Hazziq. Kalau awak takde, mungkin saya tak dapat jumpa mak saya sekarang ni. Saya boleh bayarkan balik hutang tu," ucap Shaza.

Tengku Hazziq menggeleng. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Aqilah. Terpinga-pinga gadis itu sambil menatap wajahnya.

"Saya ikhlas lah. Lagipun kita dah saling kenal so takpe lah kan. Hari ni hari korang bahagia, congrats bro !"

Tengku Hazziq menghulurkan tangannya kepada Luqman yang berada dihadapannya. Lelaki itu hanya tersenyum tipis sambil menyambut salam lelaki itu.

Takde lagi dah istilah cemburu kerana Luqman tahu Aqilah dan lelaki itu juga akan berkahwin tak lama lagi. Lebih baik dia buangkan perasaan cemburu itu jauh-jauh.

   "Apasal dengan Shaza bersaya awak pulak? Dengan saya, awak ber I you ?" tanya Aqilah.

Tengku Hazziq memandang wajah insan yang berada di sebelahnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Sebab bagi I, you're so special."

Aqilah tergamam. Wow, apakah ini? Semua di meja itu mula tersenyum. Ada yang tergelak kecil melihat adegan itu.

"Jangan lah cakap kat sini. Malu lah." Aqilah tersenyum malu. Ingin saja dia sorok muka di dalam baju mummy nya tapi kat sini mana ada mommy and daddy.

   "Sila hormat Mak Nia sebab dia sorang je single kat sini." Khairul memberhentikan suasana di sini.

"Khai taken ke?" tanya Tengku Hazziq.

Tak tahu pula bahawa adik Shaza tu sudah mempunyai seseorang yang istimewa.

  "Tu." Khairul menunjuk ke arah Maira yang menahan senyuman. Alaa malu lah tunjuk-tunjuk ni.

"Oh kira satu keluarga lah kan? Makcik besan yang sama dengan aunty Khaira and uncle Hayyan," teka Tengku Hazziq.

Encik Shariff dan Puan Hana mengangguk. Yang lain juga hanya tersenyum lebar. Gembiranya mereka kerana suasana di sini tiada siapa yang bantah.

Zalikha juga takkan dapat membantahnya.

Shaza mengangguk. Betapa bahagianya sekarang kerana semuanya sudah sempurna. Apa yang dia miliki sekarang pasti dia akan hargai dan jaganya.

   "And now, saya ada sesuatu istimewa untuk sayang, isteri yang tercinta." Luqman tersenyum. Dia mengusap lembut kepala isterinya sebelum berdiri dari kerusi itu.

Semua hanya memandang wajah lelaki itu sambil tertanya-tanya. Sesuatu yang istimewa? Diorang tak tahu pun semua ni.

"Nak buat apa?" tanya Shaza.

Luqman hanya mendiamkan diri. Dia terus melangkah menuju ke atas pentas yang tidak jauh dari meja makan itu.

"Assalamualaikum dan hai kepada tetamu sekalian. Saya Luqman Hakimi, pengantin lelaki hari ni. Saya ada sesuatu istimewa untuk bidadari saya yang sangat saya cintai, iaitu Shaza Zahirah."

Semua di dewan itu memberikan tepukan. Ada yang bersorak ingin tahu apa yang istimewa itu. Ada juga yang makan tak peduli dengan jejaka tampan di atas pentas itu.

Contohnya budak-budak yang tidak tahu apa-apa.

"Hai sayang, hari ni abang akan menyanyikan satu lagu buat sayang. Abang dah prepare awal, tahu? Nampak macam cliche ye but I don't care. Abang tetap nak nyanyi untuk sayang," ujar Luqman sambil menatap wajah Shaza dari jauh.

Shaza menguntumkan senyuman. Tiba-tiba saja perasaannya menjadi terharu. Memang lah perkara menyanyi lagu untuk yang tercinta tu selalu orang buat tapi bagi dia, kalau untuk diri sendiri, rasa dia lain macam tau.

My Extraordinary Husband Where stories live. Discover now