Bab 30

444 70 13
                                    

Beg bagasi di angkat menuju ke bonet kereta. Shaza membawa barang-barang keperluan manakala Khairul pula menolong ayahnya duduk di atas kerusi di dalam kereta.

Usai saja ayahnya duduk, Khairul membawa kerusi roda itu ke tempat duduk belakang. Dia meletakkan kerusi roda itu dengan berhati-hati.

Dia takut rosak.

Bukan takut dengan duit tapi dia malas nak cari kerusi roda berwarna biru tua. Faham tak? Masalah sekarang ni, kena cari warna biru tua.

Kalau takde kerusi roda warna biru tua, Shaza akan memaksanya untuk mencari di mana-mana saja asalkan jumpa.

Shaza terlalu obses dengan warna biru tua.

"Nah, Khai bawa barang ayah ni. Takut nanti ayah minta barang yang dia nak." Beg kecil dihulurkan kepada Khairul.

Khairul hanya mengangguk dan menyambut huluran Shaza itu lalu dibawanya ke tempat kerusi depan. Shaza terus menutup pintu kereta yang berada di belakang.

Dia mendekati kerusi ayahnya yang berada di sebelah Khairul, tempat pemanduan.

"Ayah, kalau ayah nak kencing, bagitahu Sha. Nanti Sha suruh Khai berhenti kat R&R. Okey?"

Encik Shariff hanya mengangguk. Dia semakin pulih walaupun cuma sedikit. Itu sudah bersyukur dan Shaza harap, lama-lama nanti, ayahnya akan sembuh sepenuhnya.

シ︎

Telefon bimbit direnung. Dia tak tahu nak buat apa sekarang ni. Mahu telefon atau tidak? Niat otaknya hanya mahu tanya khabar kerana rindu.

Tapi hatinya pula melarang. "Nak call ke tidak?"

Luqman berdecit. Fikirannya sekarang langsung tiada idea. Dia ragu-ragu untuk mendail nombor Shaza. Puan Khaira yang memandang Luqman itu terus membuka mulut.

"Luq nak call Shaza ek? Kenapa tak call je?" tanya Puan Khaira.

Dia tahu anak terunanya itu mencintai Shaza. Dia juga tidak pernah melihat Luqman terlalu obses dengan seorang gadis.

Bertahun-tahun Luqman mencari identiti gadis itu namun satu jejak pun tiada. Tambahan pula waktu itu, Encik Hayyan langsung tidak suka dengan Shaza kerana taraf mereka berbeza.

Tapi sekarang, keadaan berubah. Dia kena terima pilihan anaknya. Dia juga tahu usia tidak sudah tua, tidak boleh terlalu stress melayani masalah hidup.

Hanya fikir berapa amalan baik yang dia buat selama ini. Engkau bila lagi? Amalan kau cukup?

"Luq takut kalau mengganggu dia. Lagipun nanti juga jumpa dekat tempat percutian," gumam Luqman.

Puan Khaira hanya mengangguk faham. Reen yang mendengar itu hanya mencebik. Hatinya geram dan cemburu. Ya, dia hanya perlukan masa untuk move on dari Luqman.

シ︎


Aqilah terus menoleh memandang wajah Tengku Hazziq. Tengku Hazziq panggil dia...

Tesoro?

"Lah, baru nak pandang muka I yang hensem ni selepas panggil Tesoro ?" Sindir Tengku Hazziq.

My Extraordinary Husband Where stories live. Discover now