Bab 25

443 62 23
                                    

Cermin kereta dibuka dengan gaya. Matanya tertumpu pada syarikat yang besar dan megah itu atau dikenali sebagai syarikat kepunyaan Luqman.

Senyuman sinis diukir. Tak lama lagi, peperangan akan berlaku. Sudah lama dia tidak berperang dengan musuhnya sendiri.

Telefon berdering menandakan seseorang menelefon dirinya. Kepala terus menoleh ke arah telefon lalu melihat siapakah gerangan pemanggil itu.

Tertera nama seseorang yang dia sangat kenali. Lantas dia mengangkat telefon tersebut. Bawah bibir yang kering basahkan.

   "Dah sampai?" Soal pemanggil itu.

"Waalaikumussalam, dah sayang." Sindiran diberikan kepada pemanggil itu.

Macamlah dia tidak tahu, orang yang berada di dalam panggilan itu selalu melupakan betapa pentingnya salam itu.

   "Ish kau ni. Assalamualaikum, kau dah sampai ke tak? Kalau dah, kenapa kau tak masuk lagi dalam office aku?"

Hazim mencebik. Budak ni, tahulah dah jadi pemilik syarikat besar, tak payahlah nak marah-marah. Tampar bontot Luqman kang, biar esok tak boleh duduk.

    "Sabarlah, aku tengah cari parking ni. Kau ni tak pandai sabarlah. Lepas ni, aku munculkan peperangan kita. Kau tunggu..."

   "Over lah kau ni musuh bagai. Cepatlah cari parking. Lembab macam mak nenek je kau ni." Luqman mendengus.

Hazim berdecit. Sakit betul telinga dia. Kalau boleh, sumbat tisu jamban ke dalam mulut Luqman. Baru aman dunia.

    "Iyalah, sabar. Aku tengah cari lah ni. Kang tunang kau aku rembat baru tahu," balas Hazim.

     "Apa salah tunang aku? Kau rembat dia, aku sepak kau punya ke shy shy an." Luqman juga tidak mahu kalah.

Jangan berani rampas Shaza darinya kerana Shaza miliknya seorang. Kalau berani, by one dulu. Ada hati konon.

   "Aku gurau je, kau ni pun satu." Terus saja talian dimatikan oleh Hazim.

Malas dia mendengar Luqman membebel setiap masa. Belum lagi tambah Harris dengan Heydan, boleh mampus dia dikejarkan oleh dua personaliti itu.

  "Tak menyabar betul. Nanti tunang lari, awal aku rembat," bebelnya.

Hazim mencari car parking yang kosong. Mata dia laju saja menoleh kiri dan kanan untuk mencari tempat letak kereta.

Luqman pun satu, sejak kawasan syarikat diubah, tempat letak kereta pun diubah juga. Dia mana tahu di mana tempat letak kereta milik vip punya.

   "Haa tu dia kereta Luqman." Hazim menjumpai dimana kereta Luqman diletakkan atau senang cerita, tempat letak kereta vip punya.

Terus saja dia meluncur laju masuk ke dalam tempat letak kereta itu.

シ︎

Punggung dilabuhkan di sebelah Mak Nia. Penatlah hari Sabtu dan Ahad nanti kerana tiada Mak Nia yang yang tolong.

   "Selalunya, Mak Nia buat kerja seorang diri setiap hari ke?" Soal Aqilah.

My Extraordinary Husband Where stories live. Discover now