"ehem."
Aqilah terus menjauhkan dirinya dari Tengku Hazziq. Buat malu lah depan orang ramai. Lepastu belum halal pula tu, nasib Aqilah pakai baju menutup aurat dengan sempurna.
Tengku Hazziq menggosok belakang tengkuknya. Dia juga sebenarnya malu apabila membuat adegan tadi di depan orang ramai.
Dasar Nuwairah Aqilah. Kalau bukan sebab dia, adegan tadi takkan terjadi.
"Emm encik, kita balik jom. Rasanya nanti lah beli barang dapur." Terus saja Aqilah meninggalkan Tengku Hazziq.
"Eh Waira! Waira, tunggu I." Tengku Hazziq menjerit nama Aqilah.
Geram betul dia kerana ditinggalkan oleh Aqilah seorang diri dekat tengah-tengah mall ni. Barang satu pun belum beli, dasar orang gaji tak berguna.
"Wairaa! Waira sayang!" Tengku Hazziq terpaksa mengejar gadis itu. Kalau tidak dikejar, minah sengal tu pandai ke bawa kereta?
Kunci pun tiada.
Bukan main lagi dia berjalan dengan laju.
Aqilah yang mendengar itu hanya mendiamkan diri sambil berjalan menuju ke kereta Tengku Hazziq.
"Bos lah ni punya pasal. Kenapa pula panggil aku sayang? Aku tengah malu ni, dia boleh pula buat aku blushing." Kakinya dihayunkan dengan laju lagi.
Nampak saja kereta yang dia kenali, terus saja memecut laju seperti atlet dunia yang mahu menerkam piala.
Dasar Nuwairah Aqilah, buruk bebenor muka dia masa berlari tu. Sempat dia bersandar di pintu kereta untuk menunggu Tengku Hazziq yang terhegeh-hegeh berlari macam perempuan.
"Sayang!"
シ︎
Barang yang sudah dikemas diletakkan ke dalam beg bagasi. Hari ni keluarga dia dengan keluarga Luqman pergi bercuti di Zamani's Place.
"Kak."
Bahu Shaza dicuit. Lantas saja Shaza menoleh memandang wajah Khairul yang gembira itu.
"What?"
Sengihan diberikan kepada kakaknya. Orang tanya, dia boleh pula tersengih. Mood yang baik bertukar jadi mood geram.
"Khai dengar adik abang Luqman tu cantik. Betul ke?" tanya Khairul.
Shaza tersenyum sinis. Lah tanya tentang awek rupanya. Gatal juga ya adik Shaza ni.
"Kenapa? Nak ngorat?"
Shaza bercekak pinggang di hadapan Khairul. Kena hati-hati dengan Khairul ni. Bodoh dan bengap pun, diam-diam berisi budak tu.
Bahaya.
"Mana ada nak ngorat. Khai dah ada awek sendiri lah-"
"Apa?! Khai ada girlfriend?" Shaza memotong percakapan Khairul.
Shaza terkejut apabila Khairul berkata bahawa dia mempunyai makwe. Tak pernah-pernah Khairul Hafiz memberitahu kepada kakaknya bahawa dia mempunyai teman wanita.
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romance⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...