"Baby?"
Aqilah menoleh ke arah lain. Malas dia nak tengok muka Tengku Hazziq. Dia malu kerana mulutnya sendiri berkata begitu.
"You cakap apa tadi? You panggil I baby?" Soal Tengku Hazziq.
Dia masih mencempung gadis itu. Tiada rasa berat pun baginya. Aqilah hanya mendiamkan diri. Rasa malu masih berada di dalam dirinya.
"Lupakan benda tu and now, boleh tak awak turunkan saya? Saya nak buat kerja," balas Aqilah.
Tengku Hazziq hanya mengangguk. Kalau perkara itu tidak dibahaskan lagi oleh Aqilah, maka dia juga tidak akan menyentuh topik itu.
Dia tahu, apa yang Aqilah sembunyikan.
Tengku Hazziq meletakkan Aqilah di atas sofa yang bersebelahan dengan almari kaca itu. Aqilah terus mengatur bajunya kerana dia takut kalau bajunya terbuka menampakkan aurat.
"Pasal baby, saya saja je sebut. Okey dah, saya nak buat kerja." Aqilah terus melangkah pergi menyambung kerjanya.
Dia langsung tidak menoleh memandang Tengku Hazziq di belakang. Dalam perjalanan, dia mengutuk dirinya sendiri.
"Haih apa bebal sangat aku ni?"
Tengku Hazziq hanya berdiri di situ dan tidak berganjak. Fikirannya mula mengingati apa yang berlaku tadi.
"Baby..."
Terbit satu senyuman di bibir Tengku Hazziq. Matanya fokus memerhati langkah Aqilah yang semakin jauh dengannya.
"She's so cute."
シ︎
"Lama lagi ke awak? Kerja saya berlambak tu."
Shaza mengeluh. Ini semua gara-gara Luqman mahu memperkenalkan kawannya kepada Shaza. Dia memberitahu bahawa kawannya itu yang akan menolong mereka di pembinaan nanti.
"Sabar my happiness, dia lagi cari parking tu," jawab Luqman.
Tangannya mendail nombor Hazim lalu menelefonnya. Lama deringan itu berbunyi tapi Hazim langsung tidak menjawab.
"Mana pula budak ni?"
Shaza yang sedang duduk itu mula berdiri lalu menuju ke almari Luqman yang penuh dengan fail-fail kerja. Dia mengambil satu fail yang berwarna merah lalu membukanya tanpa Luqman sedari.
Matanya tertancap pada satu nama yang dia sangat kenali. Lantas itu dia menoleh ke arah Luqman.
"Fail apa ni? Kenapa fail ni ada semua maklumat pasal saya?" Soal Shaza.
Luqman terus menoleh memandang Shaza. Lidah dia terkelu dan kakinya tidak dapat bergerak mendekati Shaza.
'Alamak, macam mana dia boleh tahu? Bukan ke fail tu ada dekat dalam laci?' getus hati Luqman.
"Tak..tak, bukan...tu fail tentang pekerja...ya..yang..nak bekerja dengan saya. Haa macam tu," jawab Luqman dengan tergagap-gagap.
Dia bukannya apa, dia takut kalau apa yang dia buat selama ini tidak disukai oleh Shaza. Lebih-lebih lagi kalau Shaza tahu tentang 7 tahun lepas.
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romance⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...