Bab 32

437 65 24
                                    

Telefon Aqilah berdering.

Dia terus menoleh ke arah telefon tersebut. Kakinya melangkah menuju ke arah telefon itu untuk menjawab panggilan seseorang.

Lantas saja dia menjawab salam apabila nama panggilan itu yang dia tunggu selama ini.

"Assalamualaikum anakku Nuwairah Aqilah binti Ridz Hakimi. Qilah sihat tak?"

"Waalaikumussalam mommy. Qilah sihat je, mommy and daddy okey? Sihat tak?" jawab Aqilah.

Mop yang dipegang itu diletakkan ke atas kerusi kayu. Pandangannya ditujukan ke arah kolam ikan yang berada di dalam rumah mewah itu.

"Alhamdulillah sihat, tak mati lah mommy and daddy ni. Kalau ingat, nak buat adik baru untuk Qilah hahaha..."

Aqilah tergelak. Dah tua pun masih gatal nak buat anak baru. Dasar mommy.

"Apa mommy ni, daddy mungkin tak larat lagi dah nak buat sebab takut rentap katil," kata Aqilah tak berlapik.

"Tak larat apanya? Dia sendiri nak anak juga, Qilah santuy je. Nanti ada khabar mommy mengandung lagi awokawokaowk." Kedengaran mamanya ketawa besar.

Aqilah tersenyum. Masih tak hilang kegilaan dan kebodohan mommy nya itu. Haih, isteri siapa lah tu.

"Aih mommy ni, kesian tengok daddy merayu. Daddy kata mommy ni kuat sangat. Daddy cuma takut terpaksa beli katil saiz Queen lagi. Mommy tak penat ke?" ujar Aqilah.

Dia risau dengan mommy nya yang mahukan anak baru untuk Aqilah. Katanya menjadi peneman buat Aqilah. Aqilah kan, anak tunggal.

"Ish sibuk aje dengan daddy Qilah tu. Dia juga nak buat anak sebenarnya cuma dia malu lah tu. Tak percaya, nanti Qilah buat siasatan," jawab mamanya.

"Iya iyalah mommy. Qilah nak kerja dulu, Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam eh kejap. Kenapa Aqilah nak sangat kerja jadi orang gaji? Daddy and mommy dah kaya ni, boleh bagi you semua apa yang you nak tapi why you kerja macam tu?" Masih lagi mamanya hairan dan tak puas hati.

Aqilah mengeluh kecil. Entahlah. Dia cuma mahu merasa jadi orang miskin. Dia bukan bosan atau tidak bersyukur tapi dia cuma mencuba tanpa bantuan dari sesiapa.

Patut lah perangai gedik sangat, anak Hara dan Ridz rupa-rupanya. Dasar mak dengan anak sama je, takde beza.

"Well mommy, Qilah nak cuba jadi orang sederhana. Lagipun aunty Ira dan Uncle Adrian pernah cakap, kalau kita nak kerja, jangan harapkan mak bapak lepas tu Qilah nak berdikari. Qilah tengok je Uncle Eydan, Aunty Fatini, Aunty Hana, Aunty Mimin, diorang semua berjaya walaupun hanya sikit-sikit perlukan pertolongan mak bapak."

"Qilah ingat nak jadi berdikari tanpa satu pertolongan pun dari mommy and daddy." sambungnya lagi.

Keluhan dari mamanya dapat Aqilah dengari. Dia bukan nak menghampakan mommy and daddy nya. Dia mahu bermula dari bawah sampai atas.

"Okeylah kalau tu yang anak mommy nak. Kalau ada apa-apa, just minta tolong dengan mommy and daddy, okey?" Akhirnya mamamya setuju juga dengan cadangan anaknya.

My Extraordinary Husband Where stories live. Discover now