Bab 31

415 60 12
                                    

Sampai saja di R&R, Shaza terus keluar. Beberapa minit lepas, perut dia berasa sakit. Dia terus memberitahu kepada Khairul dan lantas itu, Khairul berhenti di R&R.

   "Jaga ayah, dia tidur tu."

Khairul hanya mengangguk. Tangan Shaza membuka pintu kereta lalu dia keluar dengan perlahan.

Perut yang sakit masih lagi dia dapat tahan. Dia makan apa tadi ek? Kenapa perut dia sakit sedangkan Khairul dan Encik Shariff hanya sihat dan okey saja.

Tanpa berfikir, dia terus masuk ke dalam tandas awam itu.

Sebuah kereta mendekati kereta Khairul. Seorang gadis yang memakai mask hitam itu keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke tandas awak juga.

Khairul yang melihat gadis itu hanya memerhati tingkah-laku nya. Dia cuma melihat tapi tidak memikir.

Dasar bebal. Kakak ko mati baru ko sedar?

Lengannya disentuh oleh Encik Shariff. Terus saja Khairul menoleh memandang wajah ayahnya. Pandangan terhadap gadis mask hitam tidak lagi dia toleh.

   "Ayah nak apa?" Soal Khairul.

Encik Shariff menunjukkan jari telunjuknya ke arah tandas perempuan. Hatinya tidak berasa selesa. Asyik tidak tenteram saja memikirkan Shaza.

  "Kak Sha? Dia tengah keluarkan emas dia tu." Lepas saja Khairul memandang ke arah tunjukkan Encik Shariff, dia menjawab.

Encik Shariff menelan air liur. Hati dia tidak tenang sekarang. Dia memikirkan Shaza bahawa anak gadisnya itu berada dalam bahaya.

シ︎

Reen Hellena
Dah culik dia ke? Kitorang dah nak sampai kat percutian ni.

Atiqah
Aku otw jumpa Ariana dekat belakang tandas, tunggu dia beri arahan saja lagi. Kau perhati je Luqman tu.

Reen Hellena
Cepat sikit buat kerja. Aku takut Luqman call Shaza pastu mula lah drama hero selamatkan heroin. Kau cakap dengan Ariana, reply aku punya chat.

Atiqah
Iya aku tahu, kau pandai-pandai cover tau! Okey bye!

Reen berdecit. Masih belum culik rupa-rupanya. Lambat betul diorang buat kerja. Sorang perempuan pun tak dapat culik. Tak boleh diharap langsung.

  "Kak Reen."

Reen menoleh memandang wajah Maira. Senyuman manis yang palsu diberikan. Cis, dasar fake, aku ah tu.

   "Kenapa? Maira nak apa-apa ke?" Soal Reen.

Pelik Maira ni. Dia selalunya takkan sibuk dengan hal orang kalau di dalam kereta. Tapi waktu sekarang ni, dia suka bertanya apa-apa kepada keluarganya.

  "Ni contoh, kalau akak nak ambil organ dalaman badan orang lain, akak selalunya bawa orang tu kat mana?" tanya Maira.

Reen mengerutkan dahi. Curi organ badan? Pelik betul soalan budak ni.

   "Itu kalau bagi akak, akak bawa dia kat tempat sunyi or tempat yang akak selalu lepak tanpa orang tahu. Kenapa Maira tanya?"

Maira menggeleng. "Ohh. Saja je tanya sebab adik kawan Maira ada soalan kbat. Eh by the way, akak ada tempat lepak ke?"

Reen memandang ke arah lain. Otak dia tak tahu nak jawab apa. Tempat lepak apa yang dia selalu pergi ek? Dia sendiri dah lupa. Lama dah tak lepak.

My Extraordinary Husband Where stories live. Discover now