Alien datang menakhluki bumi. Demi koko yang dicari-cari. Mereka kan tiba, tak lama lagi. Apa mungkin terjadi ? Jadi, kita perlukan penyelamat bumi.
Berbalik pada cerita.
"Asalnya, saya ada papa, mama, Maira, Aryan dan Reen. Semuanya da—"
"Dah lah awak. Kalau perit, tak payah cerita. Kita cerita pasal saya pulak ek?" celah Shaza.
Luqman mengeluh. Akhirnya dia bersetuju. Dia memang langsung tak nak cerita tentang kehidupannya dulu kepada Shaza.
Semua yang berlaku, ikhlaskan dan redha.
"Ceritalah. Saya nak dengar !" Dengan nada yang teruja, Luqman desak Shaza untuk bercerita tentang kehidupannya pula.
"Saya ada ayah, mak dah Khai. Masa saya remaja tu, mak saya lari dan tak nak tinggal dengan kitorang sebab hidup kitorang masa tu susah sangat. Bila ayah sakit, dia mula tunjukkan perangai yang kitorang langsung tak terfikir pun. Bila dia pergi, rasa macam tak lengkap dan saya ingin benci dia tapi ayah kata, tak baik dan tak boleh benci dengan mak sendiri yang melahirkan saya. So saya redha apa yang terjadi sepanjang hidup saya sampai sekarang. Walaupun saya hanya sempat rasa kasih sayang seorang ibu sampai di masa remaja saja, at least saya ada awak dan semua yang sayangkan saya. Kan? Saya dah anggap mama macam mak kandung saya sendiri. Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya dari remaja sampailah sekarang."
Luqman tersenyum. Dia tahu semuanya sebab dia ada masa Shaza perlukan seseorang. Kisah remaja Shaza memang hancur bila mak Shaza menghilangkan diri dari hidupnya. Di masa itu juga, Luqman hadir dan datang menjadi kebahagiaan sebagai sahabat untuk Shaza.
"Dah 7 tahun, rasanya berlalu kan? Saya rasa nak main basikal balik dengan awak macam dulu. Masa remaja dan sekarang ni tak sama. Berbeza," luah Luqman.
"Then nak tak kalau kita naik basikal macam dulu?" cadang Shaza.
"Eh tak boleh. Lepas kita kahwin lah sebab buat masa sekarang, kita tengah darah manis," bantah Luqman.
Shaza mencebik. Ye tak ye jugak tapi entah kenapa dia rindukan Luqman. Aaaaa nak Luqman ! Tak nak orang lain !
"Luqman..."
"Hmm?"
"Rindu lah," jujur Shaza.
"Hahahaha alololo ada orang rindu kita lah." Luqman menyakat Shaza. Hati dia senang apabila Shaza mengaku bahawa gadis itu juga rindu akan dirinya.
"Janganlah ketawa. Orang tengah rindu ni, tak payah lah nak gelakkan orang. Awak pun sama jugak, rindukan saya kan? Elelele tak nak mengaku." Shaza mula bengang dengan Luqman.
Orang jujur pun, tak boleh. "Eh of course lah saya rindu awak jugak. Jangan risau, awak tak bertepuk sebelah kaki," balas Luqman.
"Kaki pun kaki lah," gumam Shaza.
"Eh salah ek ? Bukan ke, bertepuk sebelah kaki? Kalau bukan kaki, apa lagi?" tanya Luqman.
"Tangan, awak, tangan ! Hahahaha..." Shaza mula menghamburkan ketawa.
Luqman tersengih. Dia baru ingat ayat tu. "Ouh ye ek ? Bertepuk sebelah tangan ke? Habis tu, yang saya pernah dengar pasal kaki tu apa?" soal Luqman.
Ketawa masih lagi belum reda. "Hahaha, kaki tu lain, salah dengar kot. Mana ada bertepuk sebelah kaki hahahahah tak lucu okey !"
Luqman mendecit. "Ouh gelakkan orang boleh pulak? Kalau tak lucu, kenapa awak ketawa? Dah lah, nak merajuk dengan Shaza. Majok !"
Terus saja panggilan telefon dimatikan. Shaza terus terpana apabila Luqman terasa hati dengannya. Lah, pasal tu je nak terasa ?
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romance⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...