"Yang mana lagi cantik?"
"Mana-mana pun cantik kalau awak yang pakai," jawab Allee.
Sarah tersenyum malu. Dia terus menggantungkan balik baju-baju yang tidak diminatinya. Pandangannya beralih pada satu baju.
Laju saja kakinya melangkah untuk mendapatkan baju itu.
"Wah, ni baju limited ni. Boleh saya guna?" tanya Sarah kepada pelayan kedai di sebelahnya.
"Boleh cik, fitting room di sana." Pelayan menunjukkan ibu jarinya ke arah satu bilik yang sudah dikhaskan untuk menukar pakaian.
"Okey thanks. Allee, tunggu saya tau !" Sarah tersenyum lebar. Dia mencapai baju tersebut lalu di bawa ke arah bilik menukar pakaian.
Allee hanya mengangguk. Dia berpeluh tubuh sambil menunggu Sarah menukar pakaiannya. Pelayan perempuan tadi mencuba untuk mengukir senyuman manis.
"Hai," sapa pelayan itu.
Allee hanya mengangguk tanpa menoleh memandang wajah pelayan itu. Terus malu wajah pelayan itu kerana tidak dilayan dan dipedulikan.
"Emm saya Dina." Pelayan perempuan itu berusaha untuk menyapa Allee sekali lagi.
"Saya dah ada bidadari saya dan akan jadi bakal isteri saya nanti. Sarah namanya, nak kenal?" ujar Allee sambil tersenyum senget mengerling wajah cemberut pelayan itu.
Pelayan itu hanya mendiamkan diri.
"Saya pergi dulu." Tanpa membuang masa, dia terus meninggalkan Allee dan mencari pelanggan lain untuk ditolong.
"Tch..tak malu betul."
Jam ditangan dikerling sekilas. Matanya melilau mencari sofa untuk di duduk sambil menunggu Sarah.
Bila saja jumpa, dia terus melangkah menuju ke arah sofa itu. Cermin mata hitamnya diambil lalu dipakaikan sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya.
Tanpa sedar, seseorang memandangnya dengan wajah yang berkerut. Hatinya tetap dapat merasakan bahawa lelaki itu yang dia jumpai dulu.
"Allee?" Gadis itu ingin menghampiri Allee tetapi lengannya pantas ditahan oleh seseorang.
"Oi kau nak pergi mana?" tanya Ariana.
"Aku rasa tu Doktor Allee lah. Doktor yang hensem tu !" kata Atiqah sambil jarinya menunjukkan ke arah Allee yang sedang duduk di atas sofa.
Ariana berdecit. Dia menarik laju lengan Atiqah ke sudut yang kecil dan tidak disedari orang sekeliling.
"Aku bawa kau sini sebab nak cari baju. Baik kau jangan buat hal sebelum abang aku tembak kau dan polis tangkap kau, kau nak?" Amaran yang diberikan oleh Ariana menggerunkan Atiqah.
Gadis itu meneguk air liurnya. Dia cukup kenal dengan abang Ariana. Lelaki yang boleh buat sesuka hatinya tanpa peduli dengan risiko.
Laju saja kepala Atiqah menggeleng tanda takut dengan amaran Ariana. Ariana mengukir senyuman sinis sambil menepuk-nepuk bahu Atiqah.
"Pick baju dan bayar. Jangan melencong ke arah lain dan tegur doktor kau tu. Kalau kau degil, mati lah kau. Faham-faham jelah maksud aku." Ariana terus melangkah pergi meninggalkan Atiqah yang kaku di sudut itu.
Atiqah terdiam. Dia terus menarik nafas sebelum berlalu pergi mencari baju dan bayar. Anak buah Arrauf sudah pun menunggu di luar kedai pakaian itu.
Di sudut Allee pula, bahunya tiba-tiba dicuit oleh seseorang. Dengan pantasnya dia menoleh memandang wajah seseorang itu.
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romance⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...