"Arya!"
Arya yang terkejut itu terus berlari masuk ke dalam bilik Luqman. Hampir saja dia di maki kerana lambat masuk bilik.
"Ha ye boss?" Arya sudah menggigil. Dia takut melihat wajah Luqman yang tegang dan seakan-akan mahu membunuhnya.
"Mana Shaza? Dia tak masuk kerja lagi ke?!" Masih nada yang nyaring, dia bertanya.
"Dia..dia masih-"
Pintu diterjah oleh seseorang. Luqman dan Arya memandang susuk tubuh tersebut. Siapa yang berani kacau Luqman tengah marah?
"Maaf boss sebab lambat." Shaza menundukkan mukanya ke lantai.
Ini semua salah jam. Pukul 6 pagi dia dah set jam tapi pukul 9 cun-cun jam tu rosak. Adik suruh guna jam telefon, tak dengar. Apa kejadah?
Serta-merta wajah Luqman yang tegang ditukar dengan wajah yang bersinar. Mata helangnya tajam terus mengendur. Anak matanya yang berwarna biru itu bertukar seperti coklat hazel.
"Kenapa lambat?" Nadanya kini juga sudah dikecilkan. Arya yang perasan itu terus mengukir senyuman. Dia tahu apa kelemahan bos nya itu.
"Jam kat rumah rosak. Lain kali saya janji saya guna jam telefon je," jawab Shaza yang masih menunduk.
"Okey, kalau macam tu. Hmm Arya, sambung kerja awak sekarang." Arya yang mendengar itu hanya mengangguk.
Lantas dia meninggalkan Shaza dan Luqman di situ. Peristiwa semalam sentiasa di simpan di dalam minda Shaza. Kalau diungkit dia tidak berhak, kerana dia sendiri tahu Luqman ada D.I.D. Lagipun memang Luqman sudah minta maaf kepadanya.
"So hmm, pergilah tanya dengan Arya pasal Team A tu." Luqman menuju ke mejanya lalu melabuhkan punggung.
Shaza yang di situ terus mengangguk. Kakinya mahu melangkah tapi Luqman memanggil namanya.
"Shaza."
Shaza kaku. Nak pusing balik tak? Dia takut kejadian semalam berulang lagi hari ini. Dia takut mengenali Luqman Hakimi.
"Ha ye?" Shaza gagah memandang wajah Luqman yang biasa. Kejap. Shaza baru perasan tentang anak mata Luqman.
Semalam masa kena cekik, mata Luqman warna amber lepastu pagi tadi warna biru dan sekarang, warna coklat hazel. Adakah itu tanda sifat personal dia bertukar mengikut warna? Warna coklat hazel itu untuk sifat yang mana?
Cantiknya mata Luqman.
"Saya minta maaf semalam. Saya takde niat pun nak berkasar dengan awak. Memang saya mengaku itu sifat marah saya yang keluar. I'm so sorry again." Shaza merenung wajah Luqman. Dia hanya mengangguk. Biarlah, memaafkan bukankah lebih baik?
"Oh pasal semalam, takpe. Saya maafkan. Saya tahu awak ada penyakit tu," jawab Shaza.
Luqman tersenyum. Dia suka dengan sikap Shaza. Dia juga rindu sikap seseorang yang pernah masuk ke dalam hatinya 7 tahun dulu.
"Okey, awak boleh bekerja. Nak tahu dekat mana Team A, awak boleh tanya dengan Arya." Shaza mengangguk faham.
Dia terus keluar dari bilik Luqman sebelum Luqman bertukar personaliti. Takut je, dia tak tahu bila Luqman akan bertukar menjadi Heydan.
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romance⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...