Bab 24

375 65 14
                                    

  "Baa !"

Bahu Shaza terhinjut. Lantas kepala dia menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan orang yang mengejutkannya tanpa salam tadi.

"Hello for my happiness!"

"Iya, waalaikumussalam." Shaza menjawab sapaan dari Luqman dengan sindiran.

Luqman tersengih. Sudah banyak kali dia terkena dengan sindiran dari Shaza. Dia sendiri juga yang salah.

   "Buat apa awak kat pantry ni?" Soal Luqman.

Dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang berdekatan dengan meja. Matanya memandang kembali gerak-geri gadis yang berada di depannya itu.

  "Buat anak." Ringkas saja jawapan dari Shaza.

Boleh panas hati Shaza dibuatnya. Dah terang-terang pantry ni dibuat untuk orang minum dan makan, boleh pula tanya lagi untuk apa? Geram betul hatinya.

   "Ha? Anak? Maksud awak apa?" Lah bebal.

Shaza terus memusingkan badannya menghadap lelaki itu. Wajahnya cukup geram dan rasa kesian. Mana tak kesiannya, Shaza sindir dia, dia pula buat bodoh dan tanya balik maksud awak apa?

   "Maksud saya, orang buat pantry ni untuk orang buat anak. Buat anak, yang ehem ehem tu." Apabila melihat Luqman yang cukup bodoh itu, gerak hati dia rasa mahu menyakat lagi.

   "Bukan ke orang buat pantry untuk rehat, makan dan minum?" tanya Luqman.

Senyuman sinis diukir. Matanya memandang tepat ke arah wajah Luqman yang tampan. Sentiasa menjadi penyeri.

   "Ha'ah, dah tahu pantry untuk orang rehat, makan dan minum. Yang awak tanya saya balik awak buat apa kat sini, tu apasal?"

Fuh, boleh naik darah perempuan tu gara-gara kebodohan Luqman. Luqman ni polos betul atau pura-pura polos? Kena buat manja dulu, baru dia mengaku yang mana dia sebenarnya ke?

Luqman terus berdiri dan mendekati Shaza. Kedua-dua tangannya diletakkan ke atas meja dan mengunci Shaza. Shaza yang ditengah-tengah berada di depan Luqman itu mula berasa tidak selesa.

   "Then kalau maksud buat anak tu apa?" Soal Luqman tapi dengan nada yang perlahan.

Cukup membuatkan Shaza menelan air liur. Meremang bulu roma dan secara automatiknya tangan dia menggigil tanpa pengetahuan Luqman.

   "Err pasal buat anak tu, saya gurau je. Ha'ah, saya gurau..hehe betul tu, yes hanya gurauan," jawab Shaza kekok.

Luqman mengukir senyuman. Matanya tertancap pada bibir mungil gadis itu. Shaza mula tidak keruan.

'Kau jangan macam-macam. Tak silap hari bulan, nanti ada kembar yang keluar.' getus hati Shaza.

   "Gurau? Dalam hidup saya, saya tak kenal erti gurauan. Kalau saya tak kenal erti gurauan, then pasal buat anak tu adalah kebenaran," balas Luqman.

Senyuman dibibirnya masih terukir. Hati dia suka apabila dapat membalas perlakuan Shaza terhadap dirinya. Polos? Sungguh itu hanya lakonan semata-mata.

   "Dan awak buat anak kat sini dengan siapa? Kalau sorang-sorang, takdelah anaknya. Tapi kalau dua orang, kemungkinannya ada."

Luqman masih mengunci Shaza. Wajah Shaza yang pucat itu hanya ditatap dengan riak yang biasa. Cantiknya, hanya dia saja yang boleh tahu.

   "So kalau takde orang teman awak buat anak kat sini, apa kata saya jelah teman awak buat anak. Kita sama-sama buat anak nak?"

My Extraordinary Husband Where stories live. Discover now