Khairul berdecit. Dia terpaksa keluar lagi hari ni. Oleh kerana dia malas sikit, dia terpaksa guna kereta walaupun dekat saja dari perumahan mereka.
Usai saja berdiri di depan parking kereta perumahan, bahunya ditepuk oleh seseorang. Siapa pulak main tepuk-tepuk bahu orang ini?
Terus saja Khairul menoleh ke arah seseorang yang berani menepuk bahu yang bersih lagikan bergaya itu.
Fulamak!
Abang Tengku Hazziq !
"Eh abang?!" Lantas Khairul memeluk lelaki itu.
Tengku Hazziq membalas pelukan Khairul. Lama dia tak jumpa dengan Khairul. Dah genap setahun rasanya sejak Tengku Hazziq ni pergi kerja di luar negara.
"Khai apa khabar? Sihat? Ayah sihat tak?" Soal Tengku Hazziq kepada Khairul.
"Alhamdulillah. Semua sihat walafiat sampai sekarang kus semangat," jawab Khairul.
Tengku Hazziq tergelak. Makin hensem wajah Khairul. Tengku Hazziq terus menoleh ke arah rumah keluarga Khairul dengan senyuman.
Hajat dia satu sebenarnya. Iaitu? Korang tahu kan? Yes, memang korang tahu. Readers wattpad ni memang bijak. Takde siapa dapat kalahkan korang !
Khairul yang faham dengan pandangan Tengku Hazziq itu terus tersenyum tapi cepat saja senyumannya pudar apabila dia teringat dengan Luqman.
"Kak Zaza mana? Dia masih ada kat rumah ke?" Soal Tengku Hazziq.
Jujur dia merindui gadis itu. Walaupun hanya setahun saja berpisah, dia tetap mencintai seorang gadis tapi malangnya jodoh mereka tiada.
"Hmm sihat je. Kenapa? Abang nak masuk rumah ke?" Pandangan Khairul fokus terhadap wajah Tengku Hazziq.
Dia kasihan kepada Tengku Hazziq yang mengharapkan kakaknya itu. Kalau Tengku Hazziq tahu tentang khabar perkahwinan Shaza nanti, macam mana?
"Kalau boleh, abang okey je. Khai kat sini nak pergi mana?" Hairan apabila melihat Khairul yang berada di depan kereta itu.
Khairul tersenyum kelat. Nak gembira tapi bukan di depan Tengku Hazziq. Shaza yang beria nak sangat baju cantik untuk dia jumpa dengan keluarga Luqman.
"Beli baju kak Zaza. Kalau abang nak masuk rumah, pastikan pintu rumah terbuka. Hehe faham-faham jelah maksudnya.." balas Khairul.
Dia tersengih. Tengku Hazziq hanya mengangguk.
"Abang takkan buat perkara bodoh. Take care okey? Abang nak jumpa dengan kak Zaza dulu."
Khairul mengangguk.
"Okey!" Dia terus membuka pintu kereta dan masuk ke dalam kereta.
Sebelum kereta Khairul meluncur laju, dia sempat memberikan senyuman kepada Tengku Hazziq. Tengku Hazziq terus membalas senyuman Khairul.
Sekali lagi dia menoleh ke arah rumah keluarga Shaza itu. Hati dia melonjak gembira kerana dapat berjumpa dengan orang kesayangan dia.
YOU ARE READING
My Extraordinary Husband
Romance⚠️PROSES PENGEDITAN SEMULA⚠️ [ Karya Pertama : Hara ] ✔️ •Luqman Hakimi × Shaza Zahirah• Sebaik apa pun orang baru, orang lama tetap pemenang. Orang lama yang menjadi penyeri yang pertama dalam hidupnya. Seperti itu yang dia rasai, tujuannya untuk m...