✿*:・゚69 ゚・:*✿

223 28 0
                                    

❝ The past beats inside me like a second heart ❞
══════ •『 ♡ 』• ══════

                    

                      Komputer riba yang berada di pangkuan nya itu dia lihat penuh fokus. Sesekali air yang berada di atas meja bulat bersebelah katil itu dia ambil dan minum.

Sekadar untuk menghilangkan haus.

Kertas yang berselerak di atas katil itu sedikit pun tidak mengganggu dia membuat kerja.

Telefon nya bergetar. Lantas dia angkat apabila pembesar suara telah di buka.

" Yerin, aku dah sampai " beritahu orang itu.

" hm...masuk lah " panggilan di matikan. Perlahan dia mengeliat kecil. Harus berhati-hati, jikalau terlalu ganas, jahitan nya bakal terbuka. Biasa lah dia jenis nya ganas sedikit.

Nasihat khidmat masyarakat dari Kim Seokjin.

Kini, sudah hampir seminggu dia berehat di rumah. Mengambil cuti sakit. Ini semua gara-gara Taehyung.

Overprotective. Mengalahkan Encik Jung.

Dalam cuti, kerja di pejabat tetapi masuk. Untuk tidak membebankan sesiapa atau diri sendiri ketika cuti nya habis kelak, gadis itu menyiapkan terus di rumah.

Pintu bilik nya di terjah selamba oleh lelaki berbahu lebar itu. Yerin kerling sekilas. Seokjin membawa bungkusan besar di tangan.

" nah barang kau "

" letak atas meja sana " arah nya bersahaja. Sempat dia menangkap rengusan geram lelaki itu. Bibir tersengih kecil.

" kau beli hadiah bukan main elegan ni, untuk siapa ?" soal Seokjin setelah bungkusan hadiah itu dia letak elok di atas meja gadis itu.

Barang mahal, harus di letakkan dengan berhati-hati. Jikalau rosak, duit nya juga yang terbang melayang.

" untuk Haera " jawapan nya membuat Seokjin lantas menoleh apabila terdengar nama gadis itu.

" Haera ? Kenapa kau beli untuk dia pula ? Birthday dia ke ?" bertalu-talu soalan di tanya lelaki itu.

Yerin menggeleng perlahan.

" wedding present. Korang kan nak kahwin tak lama lagi " Yerin mengeyitkan sebelah mata kepada Seokjin.

" hah ?! Bila masa pula aku rancang nak kahwin. Kau jangan pandai-pandai nak buat cerita karut kau dekat sini " begang lelaki itu. Dia menapak mendekati gadis itu bersama beg kertas.

" bergurau sikit pun tak boleh. Duduk dalam hutan lah sana, kawan dengan monyet. " jengkel Yerin membalas.

" tak duduk dalam hutan pun aku dah kawan dengan spesies monyet "sarkastik dia menjawab semula. Hampir jatuh rahang gadis itu.

" apa kau kata ?" lengan Seokjin dia mahu capai tetapi gagal apabila lelaki itu pantas mengelak.

" malas aku ulang. Aku tahu kau dengar. Yang sakit lengan kau bukan telinga " sekali lagi Seokjin menghentam. Seakan ada dendam besar yang lelaki itu simpan untuk gadis itu.

[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung Where stories live. Discover now