❝ Special for @DongpyoWife 。●‿●。 ❞
══════ •『 ♡ 』• ══════
Mereka saling bertentangan mata. Melihat antara satu sama lain. Pandangan redup lelaki itu menjadi santapan matanya.
I swear to the god, mana-mana perempuan yang melihat lelaki itu, akan melted serta-merta.
Now, she regret it !
Suasana janggal dirasakan oleh Yerin. Lelaki itu hanya bersandar pada dinding bersebelahan tandas perempuan. Seakan menunggu seseorang. Tangan di silang pada dada. Di situ saja telah nampak sisi macho lelaki itu.
Tanpa banyak berfikir, senyum atau menyapa. Yerin terus melangkah bersahaja di hadapan lelaki itu.
" this Saturday event, kau pergi ?" soalnya dengan suara yang amat mendalam dan juga kedengaran begitu dingin. Meremang seketika bulu roma Yerin. Hanya untuk seketika saja.
Yerin memandang kebelakangan atau lebih tepat ke arah di mana lelaki yang bersuara itu menyandarkan tubuhnya
" excuse me ? Are you talking to me ?" soal Yerin untuk kepastian berserta kening terangkat. Tidak mahu tersalah orang, jadi dia membuat keputusan untuk bertanya terlebih dahulu.
" ada orang lain ke dekat sini selain kau dengan aku ?"
Gadis itu memandang sekeliling. Air liur di telan perlahan. Memang benar hanya mereka berdua saja yang berada di sini ketika ini.
" t-tak ada. Ehem ! Aku tak pergi " jawab Yerin pantas seraya melarikan anak matanya dari terus memandang ke arah lelaki itu.
Dia hanya mengangguk sahaja.
" kau buat apa dekat sini-- " ternganga sebentar Yerin. Baru saja gadis itu ingin bertanya mengapa dia berada di sini atau lebih tepat di hadapan tandas perempuan, Kim Taehyung dengan selamba badak nya pergi berlalu dari situ.
" the hell ! apa masalah mamat dingin tu ?! " nafas di sedut perlahan. Kemudian, di hembus dengan kadar bersabar. Kedua belah tangan juga telah di genggam bentuk penumbuk.
Yerin melangkah ke arah meja makn mereka dengan muka berkerut. Bibir mungilnya sedari tadi tidak berhenti memaki hamun lelaki itu. Geram masih tersisa.
Bengang juga dia dengan sikap Taehyung itu.
" kenapa ?" tanya Seokjin hairan melihat wajah cemburut gadis itu sekali dengan mulut terkumat-kamit.
" kau tak lepas ke nak membuang ?" soal Bambam serius. Tetapi bagi mereka yang mendengarnya, kedengaran lucu. Yerin hanya menjeling Bambam seraya mengajukan penumbuk ke arah wajah lelaki itu.
" itulah tu. Muka berkerut habis, macam sangkut je " sambung Mirae selamba. Yerin memandang tajam ke arah Mirae yang sedang menuangkan wine ke dalam gelasnya sendiri.
" haah sangkut !" jawab Yerin selamba. Kunyahan di lajukan. Badan di sandarkan pada kerusi.
" kata tadi nak kencing je " kata Youngjae dengan polos.
" berak aku tak ikut timing. Lain lah kau ada jadual "
" kau tengah lepas geram ke ?" Tanya Jin berkerut.
" tak adalah. Makan lah " cepat saja Yerin mengubah topik lalu menyambung semula aktiviti makannya.
Jauh di sudut paling belakang, Kim Taehyung hanya memerhati saja setiap gerak-geri gadis itu. Daripada tadi tidak pernah terlepas dari pandangan.
YOU ARE READING
[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung
Romance[First writing has many mistakes] "i'll make sure, you say yes" Pertemuan mereka tidaklah seindah di dalam drama, semuanya bermula dengan pergaduhan. Masing-masing menyanjung ego, tidak mengaku kesalahan sendiri. Sering menyalahkan pihak lawan. Buk...