✿*:・゚80 ゚・:*✿

230 32 7
                                    

❝ Try to make yourself better. Everything will be good ❞
══════ •『 ♡ 』• ══════

                 Tiga hari. Tiga hari gadis itu berkurung di dalam bilik. Tidak makan, mahupun minum. Hanya terkurung di dalam bilik. Tidak endah mereka yang di luar merisaukan keadaannya. Belum pernah lagi gadis itu bersikap sebegini.

" Yerin..." diketuk lagi. Sejak kejadian malam itu, Seokjin jadi tidak senang duduk. Dia juga tidak pergi ke kerja selama dua hari. Risau akan Yerin.

" Yerin, open the door please. We're worried about you " kata Seokjin. Tiada balasan langsung dari gadis itu buatkan dia melepaskan keluhan berat. Lelaki itu memandang ke belakang.

Puan Aereum dan juga Encik Kim memandangnya dengan penuh harapan. Dia sudah tiada pilihan lain.

" uncle, beri saya kunci pendua bilik ni " minta lelaki itu. Encik Kim tidak sampai sesaat menghulur. Memang sudah dia simpan awal-awal di dalam poket seluarnya.

Puan Aereum menyerahkan dulang yang berisi bubur itu kepada Seokjin. Lelaki itu menyambutnya baik.

" Yerin, i'm coming " dia melangkah masuk. Pintu di tutup kembali. Mengeras seketika tubuh lelaki itu apabila melihat gadis itu duduk bersandar di kaca balkoni.

Suasana di bilik itu juga suram. Bagai tidak bernyawa. Apatah lagi Yerin tidak memasang sebarang lampu. Sedikit cahaya tidak masuk ke dalam bilik tidurnya.

Bibir melepaskan keluhan.

Dia melangkah perlahan mendekati Yerin. Sesungguhnya, tidak pernah dia melihat gadis ini sehancur begini selama mereka berteman. Maklumlah, belum ada yang pernah mengusik hati gadis itu.

Melihat Yerin termenung jauh, sakit di dada kian mencengkam. Hal ini kerana mereka berteman rapat. Sedih gadis itu dia turut merasa.

Dulang makanan itu di letakkan di meja bulat di tepi katil. Dia merapati gadis itu.

Tubuh di bongkokkan sedikit.

" Yerin...makan sikit. Dah dua hari kau tak makan, kan ?" lembut saja nada lelaki itu.

" tak ada selera " jawabnya senada. Suara seraknya jelas kedengaran seperti baru saja lepas melepaskan tangisan. Mata memandang air hujan yang lebat turun di luar.

Langit seakan memahami isi hatinya ketika ini. Itu yang membuatkan nya terasa ingin menghamburkan tangisan nya sekali lagi.

Seokjin cangkung di sebelah Yerin. Memegang perlahan belakang tubuh gadis itu. Tidak terurus Yerin ketika ini.

" makan lah sesuap. Nanti perut kau masuk angin, macam mana ?. Semua risau pasal kau, tahu ? " rambut Yerin di selak kebelakang telinga. Gadis itu menepis perlahan.

" Jin, leave me alone " katanya. Lemah. Dia memandang wajah lelaki itu sekilas. Hanya memerlukan waktu bersendirian. Seokjin tergamam tatkala melihat sepasang mata itu dipenuhi air jernih. Air mata yang di tahan agar tidak jatuh.

" oh my god..." Seokjin melabuhkan punggungnya.

" don't cry, Yerin. I'm here " perlahan tangan mengusap belakang tubuh itu. Memujuk.

" Yerin, i didn't meant to mention this but about the nigh--" belum sempat lelaki itu ingin berkata sehingga habis, suara perlahan Yerin mencelah.

" stop it, i don't want to heard that. " gadis itu menggeleng lemah memandang ke luar balkoni itu. Dia masih tidak punyai kekuatan untuk berbincang tentang perkara itu.

Nampak seperti orang lemahkan ? Penyebabnya, hanya seorang lelaki.

Kelakar.

" i need to. What has happened that night, was misunderstood Yerin " Lelaki itu bertegas. Laju mulut Seokjin berkata. Dia harus menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin. Tidak sanggup lagi melihat keadaan Yerin yang bagai, hidup segan mati tak mahu ini.

[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung Where stories live. Discover now