❝ You are part of my story, memory and scenery.❞
══════ •『 ♡ 』• ══════" Yerin !"
Panggilan daripada gerangan itu langsung dia tidak endah kan. Tamat saja meeting terakhir mereka mengenai projek pembangunan di Busan, Yerin terus saja meluru keluar.
Malas mahu bertemu wajah dengan lelaki yang telah membantu nya sekali lagi tadi di dalam sana. Ah ! Akibat malas mahu ubah fikiran, dia buat keputusan untuk melarikan diri saja.
Erk !
" Yerin, wait !" panggil nya lagi. Pandangan daripada para pekerja di syarikat itu tidak dia ambil pusing.
Pintu lift terbuka. Laju saja gadis itu membawa langkah masuk ke dalam. Belum sempat pintu lif tersebut tertutup habis, satu tangan sasa menahannya.
" shit " Yerin berdecit perlahan. Terus saja tubuhnya di tolak sederhana kasar ke dinding lif.
Lengan kanannya di pegang Taehyung. Sebelah lagi tangan di letakkan bersebelahan kepala gadis itu. Di kepung. Mereka beradu mata.
" kau dah kenapa ?" soal Yerin bengang apabila mata helang lelaki itu terus menerus menilik wajahnya. Tidak selesa dia rasakan kini.
Sudahlah wangian lelaki itu masuk ke dalam rongga hidung. Lihat saja lah bertapa rapatnya kedudukan mereka.
" kau tu yang kenapa. " pantas dia menjawab. Yerin berkerut dahi. Tidak mengerti.
" kenapa kau larikan diri dari aku ?" dingin nadanya menyoal.
" bila masa aku larikan diri daripada kau ni ?" soalan di balas soalan.
Taehyung mengeluh perlahan. Anak mata helangnya sedari tadi tidak bergalih dari menatap raut wajah yang sudah lama dia tidak temui.
Rindu.
Tak.
" i hate my question didn't get their right answer. " gadis itu hanya diam sahaja. Matanya seboleh-boleh di larikan dari terus bertembung dengan lelaki itu.
" seminggu kau menghilang. Kau pergi mana ?" Yerin memandang Taehyung yang sedang menyoalnya.
Oh ! Ini yang dia katakan larikan diri ? Nonsense.
" tak ke mana. Cuma jaga jarak " selamba dia menjawab. Pintu lif terbuka. Anak mata gadis itu memandang ke belakang lelaki itu.
" tepi lah " cuba untuk menepis namun gagal. Taehyung berpaling ke belakang, butang nombor sepuluh di tekan nya selamba.
Terbuntang luas anak mata gadis itu. Pintu lif tertutup kembali.
" kau gila, eh !" jerit nya separuh kuat. Bidang dada Taehyung di tolak sedikit. Mujur, lelaki itu kembali berdiri tegak. Mencipta jarak antara mereka.
" we need to talk " dengar saja suara lelaki itu, Yerin menjeling tajam.
" tak ada apa yang kita boleh cakap " laju dia memintas.
" we need to discuss " ulang Taehyung tetapi ayat nya di ubah sedikit.
" tak. ada. apa. yang. kita. kena. bincang. Boleh faham tak ?" terus penglihatannya beralih ke arah nombor yang terpapar di atas pintu lif tersebut.
9
8
" kau yakin ke, Jung Yerin..." lelaki itu mara ke hadapan. Membuatkan Yerin yang sedang berdiri tegak sambil berpeluk tubuh kembali mengundur kebelakang.
Shit ! Situasi ni lagi.
" pa-pasti lah..." kepala di palingkan ke kiri.
" aku tak kira, kau nak atau tak. Kita mesti kena bincang. " Pergelangan tangan Yerin di pegang.
YOU ARE READING
[ C ] Be Mine 내꺼야 Kim Taehyung
Romance[First writing has many mistakes] "i'll make sure, you say yes" Pertemuan mereka tidaklah seindah di dalam drama, semuanya bermula dengan pergaduhan. Masing-masing menyanjung ego, tidak mengaku kesalahan sendiri. Sering menyalahkan pihak lawan. Buk...